Terima kasih kerana singgah di blog ini.

Segala Karya adalah hak Milik ZR, aktiviti copy paste adalah dilarang. Sila Hormati

Segala Pandangan dialu-alukan dan ribuan terima kasih.



Monday, May 21, 2012

Sayang Awak - Bab 7



Hakimi pelik dengan tingkah Aina, tadi mereka tertembung di Mines , Aina seakan cuba lari darinya. Hakimi cuba menghubungi handphone Aina tapi tiada jawapan message juga dihantar sejak beberapa hari lepas yang hadir Cuma kebisuan. Hakimi gelisah mengapa dengan Aina. Marah kah dia…Susah betul hakimi nak memahami naluri wanita.
Mungkin juga silap dirinya membiarkan AIna melayan perasaan sendiri, bukan hakimi sengaja tapi dia ingin kemarahan dan kesangsian Aina berkurang dulu baru akan dipujuk. Hakimi akui sudah dua minggu dia menghalang diri dari menemuai Aina malah tidak pernah cuba untuk menghubungi Aina langsung, walau pun begitu Ain sentiasa menjadi menyampai berita dan kabel yang boleh diharap untuk menyambapkan maklumat mengenai AIna.

Menurut Ain kebelakangan ini Aina tidak lagi suka berbicara, dia suka menyendiri dan lebih indah melayan dunianya sendiri hakimi gusar mendengar itu semua, semuanya berpunca dari pertunangannya bersama Tengkku Ariff Durah. Hakimi semakin tidak mengerti mengapa ini terjadi pada diri Aina.

Jemari hakimi pantas mengambil handphone dan mendail no AIna sekali lagi. Berkali dicuba namun tiada jawapan.

Hakimi putus harapan, mengapa begini sekali Aina menghukumnya, memang hakimi bersalah namun tiada ruang kemaafankah dihatinya.

Menjelang malam handphone hakimi berbunyi menandakan ada pesanan. “ Salam, sorry  tadi u call I ada meeting.” Membaca pesanan itu hakimi ingin melompat kegembiraan. Tapi awak saya bahasa yang digunakan Aina untuk dia.

Tanpa berfikir panjang hakimi pantas mendail no Aina.

“Assalamualaikum.” Terdengar suara Aina memulakan bicara, betapa terubat kerinduan yang bersarang.

“Waalaikumussallam” Hakimi membalas.

Bisu menyelubungi dua insan tersebut, ibarat tidak pernah mengenali.

“Aina sihat? “ Hakimi mati punca untuk memulakan topik perbualan.

“Alhamdulliah” Sihat u cam na.” Mesti sihatkan. Baguslah u call I senang sikit I nak bagitau.” Aina berbicara ibarat tiada apa pernah berlaku antara mereka.

“Aina kenapa awak seperti lain”? Hakimi seakan pelik dengan cara Aina

“Pelik tak lah, oh mungkin sebab I kena belajar untuk berubah, maklumlah dah jadi tunangan orang.” I tak rasa u tak tahu.” Nada suara Aina seakan menyindir Hakimi.

“Oh pasal tu mestilah saya tahu, kenapa Aina cakap macam tu.” Soal hakimi

“I dah agak dah u mesti tahukan, so sekarang u senang hati lah I dah bertunang jadi u pun bolehlah teruskan hubungan u dengan perempuan yang dating dengan u hari tu.” Aina berbicara tanpa mempedulikan reaksi hakimi.

“You tahu ke nama tunang I tu, I rasa u dah tahukan tak pun nak I bagitau sekali lagi Tengku Ariff Durrah, cam na ok kan namanya?” sengaja Aina menekankan sebutan nama.

“Aina kenapa dengan awak ni.” Hakimi menyoal aina

“Cukuplah itu je saya nak bagitau awak, dan lagi satu tunang saya tu cukup segak orangnya dan dia amat menyintai saya. Good bye”. Tanpa bicara Aina meletakkan telefon membiarkan hakimi yang masih terpingan-pingan dengan cara Aina.

              

No comments:

Post a Comment

TQ sudi membaca walau tak best