Terima kasih kerana singgah di blog ini.

Segala Karya adalah hak Milik ZR, aktiviti copy paste adalah dilarang. Sila Hormati

Segala Pandangan dialu-alukan dan ribuan terima kasih.



Sunday, April 29, 2012

SAYANG AWAK BAB-5

Aini terus merenung akan handphone yang masih ditangan. Entah mengapa sejak mendapat panggilan telefon dari ibunya aina menjadi kaku, handphone didepannya ibarat berlian yang amat bernilai hingga tak teralih pandangannya.

“Aina, mak nak bagitau aina ni, esok ada rombongan nak datang ke rumah kita”Mak memulaka bicara

“Rombongan apa mak? rombongan cik kiah ke?.” Aku membuat lawak yang ku rasa tidak begitu lawak.

“Aina mak fikir aina dah faham dengan maksud mak rombongan nak memetik bunga yang mekar mewangi kat laman kita le yang oiiiii”. kedengaran suara mak geram dengan gelagat ku.

“Alah mak apa  masalahnya biarlah diaorang nak datang mak dah bagitau Ain ke belum ni?” aku menanyakan soalan.

“Apasal pulak nak bagitau Ain, tak ada kena mengena dalam hal ni, yang kena dengan  kes ini , anak mak yang sedang bercakap.” Mak meluahkan.

Mendengar ucap mak bagai nak terluruh jantung aku, debar yang hadir ibarat nak keluar organ dalaman aku. Betul ke  yang aku dengar atau aku bermimpi. Reaksi ku mungkin agak pelik hingga beberapa kawan dipejabatku melihatku dengan penuh persoalan.

“Aina dengar tak mak cakap ni, kalau dengar apasal sunyi sepi ni?” mak mencari aku yang dalam kebisuan.

“Mak ni kot ya pun nak main-main tak payah le guna cara cam ni. Aina tak kisah le kalau Ain kahwin dulu tak ada sebarang masalah le.” Aku menenangkan jiwa yang sudah hilang arah.

“Ishhh budak ni mak bagitau yang betul, rombongan tu nak masuk meminang Aina, nak bagi cincin. Rasanya Aina tak ada halangan kan, lagipun Aina pun mesti setuju dengan ikatan yang bakal dibina ni.” Mak terus berbicara sedangkan aku seakan hilang dari diri aku.

“Mak rasa Aina memang tidak akan menghampakan mak dan ayahkan?, lagipun mak rasa dia memang layak untuk Aina dan memang dia pilihan tepat.” Ucap mak tanpa memberi ruang kepada aku untuk berbicara.
Aku terus membisu bagaimana harus aku nyatakan, siapa yang bakal menghulurkan cincin padaku, siapa dia yang akan mengakadkan nama ku nanti, sememangnya aku mengharapkan Hakimi tapi mungkinkah dia?  sedangkan dah dua minggu dia tidak mempedulikan diri ini, hilangkan rasa sayangnya pada diri ini, atau memang dia telah beralih arah seperti yang aku gambarkan. Andai benar beruntunglah wanita yang bakal menjadi permaisuri Hakimi. Terasa sebak dihati ini, betapa aku merindui dan anganku dia menjadi pelindungku.

Aina! Aina!” Suara mak mematikan lamunan ku, suara ku sekaan hilang untuk terus berbicara yang tinggal cuma rasa terkilan dan sepi yang mula hadir.

“Mak macam mana Aina nak bagi mak jawapan dalam masa singkat begini, sedangkan Aina belum bersedia. Secara tiba-tiba sebelum ini mak tak pernah pun membangkit hal ini, Aina rasa elok kita bincang dirumah.”

“Memanglah bincang dirumah, mak Cuma nak maklumkan rombongan nak datang esok, jadi Aina boleh minta cuti esok”. Mak seakan tak memahami gelodak yang melanda jiwa ini.

“Mak…kita bincang dulu.” Rayuan yang terkeluar dari bibirku

“Aina mak ni ibu Aina apa yang mak buat semuanya terbaik buat Aina sayang, Insyaallah memang dia sesuai untuk Aina. Oh lupa rasanya nama gerangan tu Tengku Ariff Durrah.” Tak pelah Aina sambung  kerjalah  mak buat persiapan apa yang patut.”Tanpa bicara panjang mak memutuskan talian.

“Tengku Ariff Durrah” Ligat otak dan minda berpusing mengingati nama yang mak sebutkan, langsung tak ada bunyi Ahmad Hakimi.  Hati dilanda gelombang yang lebih hebat dari Tsunami…….

SAYANG AWAK - BAB 4

Hakimi tersenyum sendirian sambil melihat cincin yang indah didepan mata, angan-angannya berbunga betapa jiwanya gembira kerana cincin itu bakal menjadi tanda kasih dan cintanya pada sidia.
Ligat otaknya berpusing sambil ligat mencipta imaginasi melihat wajah sidia yang pasti akan cuak ataupun melompat kegembiraan. Tapi jika benar dia melompat kegembiraan bagaimana haruskah hakimi juga gembira. Berbelah bahagi pula perasaan yang ada, haruskah aku gembira atau bagaimana?
Hakimi termenung sejenak rasa sayang dan cinta tetap utuh biar apa pun halangan dan rintan keran sehingga kini belum pernah ada dan dia sendiri tidak pernah memberi ruang kepada hatinya buat gadia lain. Biar pelbagai ragam yang datang menerjah, biar apa jua rayuan hatinya nekad pilihannya tetap dan tetap cuma dia.
Seandai dia tahu betapa diri ini terlalu menyanyangi dan menyintai dia pasti dia tidak akan begini, adakah salah diri ini yang terlalu memanjakan cinta dan perasaan atau sememang nya cinta itu perlu menerima gelombang badai untuk mengetahuai keutuhan cinta.
Hakimi memandang ke luar beranda, dipandang awam yang berarak indah sungguh ciptaaNYA,
Insyaallah awam itu akan dijenguknya sentiasa nanti bersama dia yang bakal menjadi suri dihati.
Tanpa ucapan tanpa kata hakimi tetap yakin dia akan memahami, dia kaan mengerti diam bukan bererti benci tapi diam terkadang lebih baik untuk meletuskan rindu dan perasaan yang tersimpan didada.
Perasaan debar didada terkadang hadir jua, benarkah tindakan yang bakal diambilnya ini, adakah ada hati yang akan terluka, relakah dia bersediakah dia dengan ini semua, bila difikir balik kecut juga perut hakimi bukan apa lain yang diharap lain pula nanti yang menanti, maka hakimi sentiasa memohon moga tiap yang bakal dilaksanakan akan dipermudahkan.

Segala persiapan telah diatur oleh keluarga, hakimi menyerahkan segalanya, baginya tiada yang lebih penting hanya sidia yang menjadi idaman tak sabar rasanya tapi hakimi masih waras masih sedar untuk berdiri dilandasan ajaran agama yang telah diterapkan sedari kecil oleh ibu dan bapanya.
Hakimi mengenggam erat cincin yang bakal mencipta sejarah dalam hidupnya sambil memandang potret yang setia disisi....sayang sabar rindu ini sentiasa menemanimu.

Tuesday, April 24, 2012

KEDAIFAN AKU




Ya Allah andai ini adalah takdirku, maka kau redhakanlah aku untuk berjalan diatas ia,
Ya Allah jika ini ketentuan MU, maka tabahkan aku agar aku tidak akan terduduk,
Ya Allah memang ini ketentuanMu maka KAU kuatkan aku untuk terus berjuang dengan emosi yang ada,
Ya Allah benar ini suratanku, tolonglah aku agar bisa bernafas,

Sungguh ujian yang sering hadir selalu melalaikan aku tentang ketentuanMU,
Ya Allah dekatkan daku selalu padaMU,
Berikan aku walau secalit cahayaMU,
Hilangkan keluhan yg sering bertalu dengan mengucap syukur pada rezeki dariMU,

Ya Allah jagalah lidahku dari terus mungkar pada jalan yang merosakkan,
Ya Allah periharalah akhlakku agar menghalalkan tanggungjawab yang wajib ku pikul,
Ya Allah Berkatkan rezeki yang hadir agar tidak hitam di kelongsong perutku.



Monday, April 23, 2012

CRY ON MY SHOULDER

 
  
If the hero, never comes to you

If you need someone, you're feeling blue

If you wait for love, and you're alone

If you call your friends, nobody's home

You can rum away, but you can't hide

Through a storm and through a lonely night

Then I'll show you there's a destiny

The best things in life, they are free


But if you wanna cry: cry on my shoulder

If you need someone, who cares for you

If you're feeling sad, your heart gets colder

Yes I show you what real love can do


If your sky is grey oh let me know

There's a place in heaven, where we'll go

If heaven is, a million years away

Oh just call me and I'll make your day

When the nights are getting cold and blue

When the days are getting hard for you

I will always stay by your side

I promise you, I'll never hide


But if you wanna cry: cry on my shoulder

If you need someone, who cares for you

If you're feeling sad, your heart gets colder

Yes I show you what real love can do


But if you wanna cry: cry on my shoulder

If you need someone, who cares for you

If you're feeling sad, your heart gets colder

Yes I show you what real love can do

Sunday, April 22, 2012

SAYANG AWAK - BAB 4

SAYANG AWAK~ PART 4

Hakimi tersenyum sendirian sambil melihat cincin yang indah didepan mata, angan-angannya berbunga betapa jiwanya gembira kerana cincin itu bakal menjadi tanda kasih dan cintanya pada sidia.
Ligat otaknya berpusing sambil ligat mencipta imaginasi melihat wajah sidia yang pasti akan cuak ataupun melompat kegembiraan. Tapi jika benar dia melompat kegembiraan bagaimana haruskah hakimi juga gembira. Berbelah bahagi pula perasaan yang ada, haruskah aku gembira atau bagaimana?
Hakimi termenung sejenak rasa sayang dan cinta tetap utuh biar apa pun halangan dan rintan keran sehingga kini belum pernah ada dan dia sendiri tidak pernah memberi ruang kepada hatinya buat gadia lain. Biar pelbagai ragam yang datang menerjah, biar apa jua rayuan hatinya nekad pilihannya tetap dan tetap cuma dia.
Seandai dia tahu betapa diri ini terlalu menyanyangi dan menyintai dia pasti dia tidak akan begini, adakah salah diri ini yang terlalu memanjakan cinta dan perasaan atau sememang nya cinta itu perlu menerima gelombang badai untuk mengetahuai keutuhan cinta.
Hakimi memandang ke luar beranda, dipandang awam yang berarak indah sungguh ciptaaNYA,
Insyaallah awam itu akan dijenguknya sentiasa nanti bersama dia yang bakal menjadi suri dihati.
Tanpa ucapan tanpa kata hakimi tetap yakin dia akan memahami, dia kaan mengerti diam bukan bererti benci tapi diam terkadang lebih baik untuk meletuskan rindu dan perasaan yang tersimpan didada.
Perasaan debar didada terkadang hadir jua, benarkah tindakan yang bakal diambilnya ini, adakah ada hati yang akan terluka, relakah dia bersediakah dia dengan ini semua, bila difikir balik kecut juga perut hakimi bukan apa lain yang diharap lain pula nanti yang menanti, maka hakimi sentiasa memohon moga tiap yang bakal dilaksanakan akan dipermudahkan.
Segala persiapan telah diatur oleh keluarga, hakimi menyerahkan segalanya, baginya tiada yang lebih penting hanya sidia yang menjadi idaman tak sabar rasanya tapi hakimi masih waras masih sedar untuk berdiri dilandasan ajaran agama yang telah diterapkan sedari kecil oleh ibu dan bapanya.
Hakimi mengenggam erat cincin yang bakal mencipta sejarah dalam hidupnya sambil memandang potret yang setia disisi....sayang sabar rindu ini sentiasa menemanimu.

Friday, April 20, 2012

Ikhlas




Tak perlu berpura-pura jika hati itu tidak redha,
usah melemparkan senyuman jika senyum itu tiada manis,
Jangan dihulurkan jemari andai cuma niat untuk merasai halusnya jari,
Tidak perlu memuji cantik jika dimata ternampak hodoh.