Terima kasih kerana singgah di blog ini.

Segala Karya adalah hak Milik ZR, aktiviti copy paste adalah dilarang. Sila Hormati

Segala Pandangan dialu-alukan dan ribuan terima kasih.



Tuesday, October 4, 2011

TIKA INI

Sebuah kehidupan bukan segalanyer indah namun tak semestinya pahit. Aku menjadi pemerhati pada tiap warna pelangi yang hadir walau sementara walau bertemankan rintik hujan namun indahnya nyata.
Dalam damai dalam tenteram jiwa ini ada sunyi..jiwa ini ada resah bukan kerana daku terlalu mengharap namun kerana daku berputus harap.

Jiwa ini hilang untuk berkata-kata, hilang ayat untuk ditafsirkan, hilang madah untuk dicipta kerana dalam jiwa berkecamuk dalam jiwa penuh rasa hampa.

Ya Allah bentangkan jalanMU agar cerah cahaya yang mendatang, biar perit biar getir namun tetap daku redha..