Terima kasih kerana singgah di blog ini.

Segala Karya adalah hak Milik ZR, aktiviti copy paste adalah dilarang. Sila Hormati

Segala Pandangan dialu-alukan dan ribuan terima kasih.



Thursday, June 28, 2012

Sayang Awak ~ Bab 10



Aina membebel sendirian bila melihat jambangan bunga tambah geram bila dilihat hakimi yang menghantarnya.

“Mengapalah mamat ni tak faham, atau memang dia sengaja nak buat aku serba salah.” Aina merungut sambil memandang jambangan bunga yang baru diterimanya.

Sejak dai hari hakimi cuba berjumpa dengannya dan aina memungkiri hakimi selalu menghantar jambangan bunga kepada aina. Walaupun ada kebencian tapi aina sebenarnya menyukai jambangan yang dihantar. Ros biru dan tulip biru itulah bunga yang amat digemari aina. Tapi sayang kerana ego dan marah jambangan itu selalu aina hadiahkan kepada kawan dipejabatnya.

Handphone aina berbunyi menandakan pesanan masuk

“ Hai sayang…selamat Hari lahir..saya sayang awak.” Ringkas dan padat message dari hakimi

Bila membaca pesanan dari hakimi terasa ada butiran jernih yanga mengalir. Sayang hakimi gelarkan dirinya, ternyata hakimi masih mengigati hari lahirnya. Dulu hakimi selalu buat-buat lupa setiap kali ulangtahun kelahiran aina, hingga aina pernah merajuk. Mengapa kini hakimi seperti tidak mengerti yang dia tunangan orang. Mengapa hakimi seperti tidak mempedulikan gelaran itu.

“Aina ada penghantaran barang untuk awak.” Shah rakan sekerja memanggilnya

“Penghantaran barang dari syarikat mana? Barang apa. Senang nak chechk kat system.” Aina menjawab

“penghataran ni tak ada dalam system cepatlah.” Shah memberikan arahan

Aina melangkah dengan dengan berat sekali. Hari ini harilahirnya tapi jiwanya kososng. Tergamam seketika aina bila dilihat syarikat penghantaran barangan.

“Ini cik Nuraina Binti Mohd ke’” soal kakitangan tersebut

“Ya saya kenapa.” Ada apa-apa boleh saya tolong.” Aina seperti pesalah

“Sila tandantangan disini untuk penerimaan barangan dan ini kek untuk cik  .” Aku menuruti arahan tanpa sepatah ucapan. Kawan-kawan sepejabat beberapa orang datang mengerumi aku. Sejambak bunga tulip biru sebanyak 17 kuntum, sebiji kek dan hadiah yang dibalut menyebabkan aku menjadi isu hari itu.

Aku masih tertanya-tanya siapa yang menghantar ini semua. Tapi bila memikirkan tulip biru pasti ianya dari hakimi, Tidak putus asa rupanya dia baru tadi dia menghantar ros biru untuk ku. Dengan bantuan rakan-rakan aku membawa semua barangan tadi ke department ku. Bungkusan hadiah yang kuterima agak besar bersaiz A1.

Hari lahirku disambut dengan kek yang baru kuterima catik berbentuk love dan bertema biru ya warna kegemaran aku tertera selamat ulangtahun kelahiran buat gadisku Aina.  Desakan rakan-rakan memaksa aku membuka balutan hadiah yang diterima. Mulanya ku tidak ingin membukanya bagiku biar aku tidak mengetahuai kandungannya bimbang hatiku akan tertewas bimbang ego dan degilku akan tertewas dan aku akan menagih kembali kasih hakimi yang pernah melukai hatiku.

Perlahan-lahan kubuka bungkusan yang diterima, ada getar dihati, rakan-rakan menanti dalam kebisuan semua menumpu perhatian. Lapisan terakhir membaluti hadiah ku buka. Tergamam aku bila melihat sebuah potret didepanku. Sungguh indah aku sekakan tidka mempercayai. Wajahku terpampang di lukisan itu umpama reality. Rakan-rakan ku yang lain juga seakan terpegun dengan hasil yang begitu indah. Aku sendiri tidak pasti bagaimana wajahku dizahirkan sedangkan hakimi tidak memiliki potretku.

Rakan-rakan semua memeberikan pujian betapa aku beruntung mempunyai kekasih hati seperti hakimi, sedangkan mereka tidak mengetahui yang antara aku dan dia mungkin telah tinggal sejarah dan aku bakal mencipta sejarah baru.

Thursday, June 21, 2012

Sayang Awak - Bab 9




Hakimi semakin pelik dengan sikap Aina, mengapa begitu sekali penerimaan Aina.

Terkadang sikap aina agak sukar diramal, aina sudah tidak menyunkainya tapi menyukai Tengku Ariff Durrah. Hakimi bungkam dengan permainan aina. Makin dikejar makin lari.

Tiba-tiba hakimi tersenyum nakal apakah seperti yang difikirkannya itu benar, adakah begitu, hakimi seakan menemuai jawapan pada permasalahan itu.

Hakimi seakan dapat merasakan aina cuba mencipta cemburu padanya, aina cuba menarik perhatian hakimi, tapi siapa perempuan yang aina maksudkan. Pening hakimi memikirkannya.

Hakimi cuba mkengingati setiap saat bila dia keluar bersama perempuan lain, rasasnya banyak masa dihabiskan dipejabat dan selebihnya keluar bersama aina itu pun tak selalu, hakimi selalu memegang pesanan kedua ibubapanya, agar sentiasa menjaga batas pergaulan.

Hakimi bagun dari katil sambil melompat, ingatannya mengingat sesuatu. Hari itu ya baru hakimi ingat dia ada berjumpa dengan seseorang pantas saja senyuman hakimi bertambah lebar dan jemarinya terus mendial untuk menghubungi seseorang.

Selesai berbicara baru hakimi mengerti situasi yang sebenarnya, hakimi melepaskan kelegaan yang selama ini membebani jiwanya. Hakimi mengukir senyum yang membawa seribu erti sambil menatap potret aina yang dimilikinya tanpa pengetahuan gadis itu, telah menjadi syarat bagi mereka berdua untuk tidak menyimpan gambar mahupun bergambar bersama.

“Kenapa susah sangat awak nak bagi gambar kat saya ni?”. Hakimi memandang wajah aina

“Tak ada lah susah sangat, nak buat apa gambar semua tu tak pentinglah” Aina menjawab selamba



“Sekurang-kurangnya nak tidur malam boleh menatap wajah awak, ni nak ambil gambar nak letak kat handphone pun tak boleh.” Hakimi melepaskan keluhan

“Perlu ke semua itu, bila kita mencintai dan menyanyangi seseorang maksudnya kita dapat melihat dia walau dimana jua.” Aina berbicara lembut.

“Awak cakap awak rindukan saya, maka gunakan rindu awak untuk mengingati wajah saya, andai betul awak sayangkan saya mengapa tidak ditiap malam awak yang kelapangan awak mohon dari DIA untuk menyatukan kita?, itukan lebih indah.” Tutur aina lagi itulah aina yang aku kenali walau pun keras diluar tapi dihatinya penuh dengan kecintaan dan kerana itu aina menjadi pilihan hakimi.

Hakimi tahu aina bukan calang-calang gadis, gadis itu banyak mendamaikan jiwanya dan banyak membantunya dikala hakimi tertekan, buntu dan sebagainya. Lesung pipit yang menghiasi Aina cukup untuk menghilangkan keletihan hakimi, senyumnya juga manis bias meredakan tiap kekalutan, tiap bait yang dia keluarkan tika berupa nasihat akan meresap ke sanubari hakimi. Betapa hebat gadis itu dimata hakimi, Oh sungguh indah ciptaanMu Ya Allah.

Hakimi tahu malam ini pasti dia akan lena dalam damai, lena ditemani wajah gadis yang dicintai, lena dalam dakapan kenangan aina, sungguh indah sekali. Pantas mata hakimi terpejam perlahan-lahan dengan senyuman yang berbaki.


Monday, June 18, 2012

Lepaskan

Lepaskan cinta ini jika ini menyakitkan buatmu,
usah terusan mendera hati ini mahupn hatimu kerana tidak keindahan tidak akan kita temui,
Tidka perlu lag mencipta angan kerana samar menutupi,
Lepaskan rasa ini walau amat memeritkan,
kerana hujung pasti akan ada penawar.

Lepaskan sayang ini walau telah tertanam,
Usah terus membajai dengan kepuraan tanpa perasaan,
lepaskan diri ini jika ini menbebankan,
luka ini akan hilang
walau benar akan berparut namun akan kering jua.

Wednesday, June 13, 2012

PERINDU

Hati yang sering menjadi perindu,
entah siang mahupun malam cuma menantikkan bulan yang malu-malu muncul,
Tika siang berlagu perindu hilang arah diri,
Melihat tiap relong sunyi tiada irama,
Memandang sepi walau tiada riuh yang berlagu.

Menatap mata yang penuh kosong,
Mencari api untuk memanaskan cinta,
namun tidak leburkah rindu kerana panas yang membakar.

Dalam rindu jiwa mencari benci agar jiwa tidak terlalu berharap,
Namun tegarkah hati memandu,
untuk mencari secalit salah.

Wednesday, June 6, 2012

SAYANG AWAK BAB -8


Airmata Aina tumpah tanpa mampu dibendung lagi, suara hakimi benar-benar menambah kepiluan dihatinya betapa dia terpaksa melepaskan hakimi walau tanpa rela, benar hakikatnya dia masih menyanyangi hakimi cuam kemarahan yang menghapuskan semuanya.

Biarlah dia berlalu dari cinta hakimi, biarlah dia melepaskan hakimi keran itu adalah pengorbananya pada hakimi, pasti hakimi akan bahagia bersama dengan kekasih hatinya itu,

Aku akan melupuslan tiap yang pernah akau laliu bersama hakimi, aku harus sematkan untuk menjadi isteri yang soleh dan cuba untuk mencintai bakal suami walau hakikatnya aku mengenalinya hanya pada namun.

Aku tidak pernah menatap wajahnya apatah lagi mendengar suaranya, apa yang aku ucapka pada halimi bohong semata , biarlah aku mengenalinya bila aku sah menjadi miliknya. Aku pasrah kerana  yakin dengan pilihan kdua orang tuaku.

Angan ku harapku moga dia persis hakimi tingkahnya, seoarang yang romantis, lawak dan bersahaja tapi bila mengenagkan namanya pun dah bermula dengan Tengku mesti orang agak mementingkan gaya silap-silap mamat control macho habislah aku kena tukar gaya semua. Nampaknya aku memang kena mengubah gaya diri aku lepas ni..

Deringan untuk peti simpanan mematikan lamunan AIna.

“Saya nak jumpa awak esok kat tempat biasa.” Ringkas saja pesanan yang ditinggalkan hakimi.

“Apahal pulak nak jumpa bukan tadi aku dah bagitau ke”? Aina seakan tidak mempedulikan pesanan yang dihantar hakimi. Biarkan hakimi baru dia tahu dulu dia menduakannya ada ke dia fikir. Tapi benar ke hakimi menduakannya sedangkan aina tidak pernah memberi ruang untuk hakimi memberi penjelasan secara saintifik, atau aku hanya menuduh tanpa usul periksa tapi mata ini tidak pernah menipu. Cukup aina biar hakimi terhegih-hegih mencari dia, akan dia buktikan pada hakimi masih ada yang sudi pada dirinya.
Inilah masanya aku nak tunjuk kat hakimi lagi real kalau dapat menayangkan bakal suaminya kat hakimi, biar bertambah cemburu hakim. AIna memasang perancangan tersendiri. Biar hakimi tahu dia bukan senang dipermainkan.

Aina merancang plan untuk mengenakan hakimi, lebih tepat membuat hakimi menyesali atas perbuatannya itu. Tapi benarkah ada lagi rasa sayang hakimi padanya atau hakimi Cuma berpura.
 Aina memasang angan untuk memergunakan Tengku Ariff Durrah. Tapi masalahnya macam mana aina sendiri tidak pernah berjumpa dengannya. Malah bila maknya menyabur nama insane itu hatinya panas. Tidak pernah pun terlintas difikiran untuk mengenali atau mengambil pendekatan untuk menyiasat identity lelaki itu yang dia tahu hanya pada nama.

Aina termenung sendirian, gelisah hadir juga menemani memikirkan itu semua. Bagaimana permainannya memakan diri, bagaimana jika tiba-tiba aina jatuh cinta pada Durrah. Aina menjadi celaru..