Terima kasih kerana singgah di blog ini.

Segala Karya adalah hak Milik ZR, aktiviti copy paste adalah dilarang. Sila Hormati

Segala Pandangan dialu-alukan dan ribuan terima kasih.



Tuesday, February 21, 2012

SEMUA KERANA KAMU

Hatimu kucari untuk ku tatapi,
Dalam kabus ku harap wajahmu,
Benar ada senyum harap ia milikku.

Matamu membawa cerita,
Dalam bencimu penuh sayang,
Dalam amarahmu penuh rindu,
Dalam seganmu penuh mahu,

Aku masih menghulur tanganku,
Masih menanti kau sambut walau ku hampir kaku,
Aku ingin mengenggam jemarimu,
Aku ingin halalkan batasmu dengan ku.

Kau Indah teratas di hidupku,
Melebihi langit dan bintang dilangit,
Wajahmu cahayaku tika malam,
Tangismu bagai ombak ranap laguku.

Ku ingin segalanya tentang kamu,
Ku mimpi semua kerana kamu,
Yang terindah yang tercantik semua milikmu...

Wednesday, February 15, 2012

HILANG

Apa yang harus aku luahkan,
Bila tiap kataku dimatikan,
Walau hati ingin meluahkan,
Namun termati dengan pangkahan,

Kucari dimana mulanya ini hadir,
Memang ada salahku,
Salahmu jua terlihat,
Namun mengapa mesti saling menyalahkan.

Ruang hati ini makin sempit,
Kata hati ini ku merindui lalu,
Tapi semakin hilang dalam siangku,
Walau dalam mimpi tetap samar bayangnya.

Yang indah itu ingin ku miliki,
Walau bukan abadi namun ku ingin selamanya,
Biar tidak dimengertikan akan cuba ku fahami,
Walau payah cuba ku turutkan walau tiada bunga disitu.

Berpalinglah pada diriku,
Carilah dimata ku apa yang hilang,
Selamilah dasar jiwaku.
Bisikkan pada akalku,
Jangan biarkan hatiku menunggu dalam lerai titisan yang hadir.

Tuesday, February 14, 2012

KATA HATI

Andai hati mampu berkata-kata pasti akan terluah segala yang terkubur dibenakku selama ini, andai hati bisa mencorakkan telah lama terlukis sebuah keindahan untuk ku berikan sebagai tatapan, namun hati ini makin membisu hati ini makin mengecil dengan sifat-sifat sekeliling yang terlalu memencilkan diri ini.

Hati ini sakit hati ini kecewa dengan tiap lontaran yang tembus kejantung ini tanpa belas tanpa kasihan, Hati sabarlah dikau sungguh payah untuk kupujuk walau pemanis nya ada namun pahit juga yang tertelan.

Hati diamlah dikau akan kudodoikan dengan lagu yang indah namun mampukah dikau mendengar tika hati sudah remuk tika hati sudah hilang.

Hati cekallah dikau biar kusulami dikau dengan kata janji untuk terus membelaimu, lemparkan sembilu yang ada, lepaskan tali yang mengikatmu agar kau mampu bersatu dengan jantungku...

Wednesday, February 1, 2012

RINTIHAN HATI

Kadang-kala hati kosong entah apa yang dicari selalu sahaja soalan yang muncul. Gelisah selalu hadir walau dalam mimpi mencari jawapan disekeliling namun tetap soalan yang muncul.


Mungkin fikiran ini sempit, mungkin fikiran ini tersekat oleh nafsu duniawi yang menghilangkan terus fikiran ini untuk memohon jawapan pada DIA.


Berpaling pada DIA tidak perlu malu, tidak perlu untuk menyembunyikan segala rahsia kerana DIA lebih tahu. Kerdilnya diri ini terasa seakan tidak layak untuk meminta dari DIA bila selalu melupakan dia. memang benar merendahkan diri pada DIA 5kali sehari namun adakah sampai kepada DIA? adakah cukup ikhlas adakah cukup sempurna?


Bila hati sepi mencari DIA, bila penuh teman DIA dipinggirkan kekadang melupakan maka layakkah aku untuk terus memohon dari DIA. Benar DIA maha pengampun maha mendengar namun jiwa ini rapah, hati ini terusik atas kekalifan diri sendiri. Lekanya daku dengan apa yang dikurniakan sehingga lupa untuk mengucapkan terima kasih.


Keinsafan bukan untuk dipertontonkan namun alangkah indah andai mampu dikongsi, namun bimbang riak beraja dihati dan terus menerbitkan keangkuhan yang kita berdiri dijalan yang benar walau hakikat jalan itu telah menerbitkan dosa yang maha Hebat..YA Allah takut nya daku .

Sesungguhkan kelalaian hati ini selalu hadir, walau berkali mengingati. Namun Godaan Iblis selalu menumpaskan daku walau daku cuba menghunuskan senjata tapi senjataku selalu patah belum sempat untuk membela. Lemahnya daku mengaku sahaja UmatNya namun selalu terkandas untuk menuju jalan kearah kebenaranNYA...