Terima kasih kerana singgah di blog ini.

Segala Karya adalah hak Milik ZR, aktiviti copy paste adalah dilarang. Sila Hormati

Segala Pandangan dialu-alukan dan ribuan terima kasih.



Monday, September 26, 2011

KADANG KALA DAKU SENDU

Terkadang daku sendu walau ada manis dibibir namun jiwaku parah,
Perit untuk melkokan walau nyata daku sering terluka,
Bukan kerana daku dikhianati, bukan kerana daku dilukai,
Namun jiwaju terkurung oleh memori silam,
Walau masa tetap berpusing namun emosi ini tetap disitu,
Malam sering bersilih siang tapi kenangan tetap hadir,

Terkadang daku sepi walau penuh suara,
Dalam tepukan dalam sorakan batinku merintih sayu,
Ada titis yang hadir walau dalam diam namun cukup perit dan cukup
menyakitkan.

Tuesday, September 13, 2011

MEMILIH DIA



Andai daku memilih dia,
Benarkah ada sinar dalam tangisku,
pastikah ada damai dalam gelora ku,
yakin kah ada cinta untukku selalu.

Andai aku menjadi milik dia,
Adakah akan daku diulit bahagia,
adakah rindu dia selalu untuk ku,

Andai dulu daku dan dia bersatu,
akan terciptakah taman kasih yang kekal,
benarkah dia terbaik buatku,
Jika benar mengapa dia tidak tertakdir buat ku.

Dia memang istimewa dia memang sempurna,
Namun dia bukan milikku dan daku bukan hak dia,
Dia tercipta bukan untuk ku dan daku bukan dicipta untuk dia,
Walau cinta itu ada namun mungkin bukan buat kita,
Walau rindu itu hadir pasti bukan milik kita.

Walau dia cukup indah,
Tapi Hak Ku telah ditentukanNYA,
Walau dia ada sayang namun Ijab Ku Bukan ditangan dia,
Qabul ku telah tertulis,
Sah ku telah terlukis,

Cinta dan sayang ini bukan untuk dia walau dulu pernah diucapkan,
Hakikat yang azali diri ini Milik rusuk kiri yang Hak,
Segala rasa, segala rencah hanya untuk yang Hak.
Segala hingga hujung Nafas hingga ke gerbang syurga.

PENGALAMAN HIDUP

Setiap orang pasti ada sesuatu yang ingin dilakukan, dan mesti ada juga yang harus dilakukan.

Memang banyak yang kita kena tempuh, walau kekadang sampai bergolok gadai.

Aku masih ingat saat pertama aku menaiki bas datang KL. Waktu tu memang budak kampung habis.
Dengan pakai baju Blous dan seluar besar dah kira bergaya sakan dah tuh.

Aku ingat lagi naik bas transnasional. first time naik bas tuhh, excited betul. Kira bas tu untuk kakitangan staff
yang nak datang kerja A&W kat KL. Waktu tu tak ramai pun dalam 20 orang dan aku 4 orang je gadis-gadis yang comel. Orang lain semua mamat macho ler..

Dalam perjalanan apa lgi aku dah pening lalat..al-maklum ler first time naik bas..Jauh tu. Dalam malu-malu kucing aku cuba tahan tapi tak daya. Akhirnya hu muntah aku rnuntah berapa kali tah. Sampai mamat-mamat macho asyik duk jeling aku. mesti cakap aku ni budak kampung. Hampeh tul dalam ramai-ramai ada yang aku cukup meyampah cara dia pandang aku macam apa tah. Ingat apa lu hendsome sangat.

Malu aku tolak tepi dah. perut sakit kepala pusing, seksa betul tapi sebab nak cari pengalam kat KL sanggup.

Akhirnya dah terperok dalam 8jam kat bas.Sampai aku kat KL. Saat pertama jejak kaki kat hentian Putrajaya. Terlopong mulut aku. Cantiknya lampu-lampu dengan pemandangan highway yang meriah. terpegun aku. Kawan-kawan yang lain pun sama. Maklum ler kat umah aku mana ada lampu, ada mungkin ado tapi malap je dah nama pun duduk kampung. Ada pokok getah jer..walau pun gitu kampung tetap indah.

Terus jer aku tepon kat mak bapak aku. Apa lagi aku cakap ler lampu semua cantik betul-betul cam jakun kan? tapi nak buat cam na dah memang aku jakun. Bercakap dalam tepon pun suara kemain kuat. Lepas tu dok pandang langit macam ler langit kat kampung tak sama dengan langit KL.

Waktu pertama datang KL ada perasaan sukar nak digambarkan, sedih, seronok, excited.

Tapi aku kena tahan ler dengan sikap mamat-mamat yang perasan macho yang memang akan kerja ngan kita orang. Nasib ler kena sabar. ......walau aku dah menyampah dengan lagak hendsome sorang mamat tuh..

Dah tunggu dekat 30minit kat Putrajaya, Akhirnya datang lah seorang pakcik bermisai dengan seorang jejaka hendsome. Pengurus dan Senior Staff A&W katanya. Masing-masing apa lagi terus naik van menuju ke destinasi. Sepanjang perjalanan geng wanita lebih banyak senyap maklum lerr majoriti geng lelaki ramai. Kita orang ni dah jadi mangsa buli terutama aku ni ha. Semua duk perli aku pasal asyik muntah sepanjang perjalanan atas bas tadi, aku buat bodo jerr, dalam hati aku berbisik kalau aku tahu aku muntah atas diaorang biar padan muka. Tapi itu imaginasi jelah mana aku berani kenal pun idok.

Akhirnya dalam tempuh setengah jam sampai ler minah dan mamat dari kampung ni kat hostel. Nama tempat tu Pandan Indah, kat PJ. First time aku dengar nama tuh.Tapi jangan salah sangka rumah staff perempuan teres 2 tingkat yang lelaki teres setingkat jerr jadi bukan tinggal bersama.

Sampai jer sessi suai kenal dengan penghuni rumah tu semua staff A&W Pandan Capital dan Fajar Indah..Oh semua mesra alam. Aku dan geng aku Zai, dan K.ani  pulak yang over malu sebab kekampungan kan?? waktu tuh kira suci murni ler.

Dah siap masuk bilik kemas mana patut apa lagi pengsan ah........penat wooo..esok nak kena pergi tranning pulok......mata pejamlah mimpi yang indah-indah ekkkk..

Monday, September 12, 2011

TANPA MU


Bukan rahimmu tempat daku menumpang dulu, bukan nadimu tempat ku berkongsi dulu, dan bukan dikau yang melahirkan daku dulu...
Memang hakikatnya bukan milikmu semua itu tapi perasaan dan sayang ini memang untuk mu.
Biar dulu seribu kepayahan, biar seribu kedukaanku kau selimutkan dengan kasih kau siram dengan sayang..
Keperitan banyak mengajar aku erti cinta yang sebenar, betapa kuat kudratmu memunggah air diperigi disetiap pagi untuk daku membasuhi tubuhku.
Betapa kuat azammu memunggah kayu untuk dijadikan api bagi menyediakan hidangan buatku.
Dalam gelap pagi bertemankan lampu suluh kau temani ku untuk menaikai bas ke tempat ku mendapatkan ilmu doamu moga daku akan membela nasibmu.
Hasil torehan getah itulah rezeki kita, berbekalkan basikal dengan bangga ku bawa rezeki itu untuk menukarkan dengan nilai upahan, biar kawan sekeliling mengejek kerana baunya yang amat mewangi itu bukan halangan kerana itu adalah rezeki kami. Dengan rezeki itu ku hitung upahku untuk membeli sebiji tembikai dengan cucuran air jernih kau hanya mampu tersenyum melihat gelagatku.
Hanya kita berdua lebihan tembikau kau balut dengan plastik berlapis -lapis dan kau lapik kan dalam dulang yang berisi air agar tahan lama, itulah peti ais kita dulu tapi aku tidak pernah mengeluh kerana aku tidak memerlukan itu semua cukup kau ada disisi.
Kasut sekolah ku terjahit tapi tetap kemas, baju ku semakin menipis ekoran peredaran waktu tapi tidak menjadi maslaah bagiku. Peningkatan masa menjadikan daku matang untuk bersamamu mencari rezeki.
Pohon getah sudah biasa kutoreh, sawah padi biasa ku semai, cangkul biasa ku pegang bercucuk tanam, segalanya ku pelajari dari mu.
Tanggungjawab telah ku pikul balik dari sekolah kusediakan hidangan buatmu, kau tersenyum melihat itulah yang terindah.
Masa berlalu dibulan ramadhan, balik dari sekolah aku melihat dapur tidak berasap aku menjadi marah pada dia kerana tidak memasak. Maka rajuk hatiku kerana penat belajar. Dia hanya senyap dan melakukan kerja didapur sedangkan selama ini aku yang melakukan itu semua entah mengapa aku menjadi begitu.
Malam selesai berterawih dan balik ke rumah dikala ingin bersahur dia mengejutkan aku dengan memangil Na..Na aku yang mamai bangkit, ku lihat dia seakan tidak mampu untuk bangun. Aku terkejut melihat separuh badannya lumpuh, titisan airmata mengalir aku menangis sambil cuba membangunkan dia.....
Kau hanya mampu menangis, lantas ku mohon saudara mara terdekat memaklumkan kepada anak-anak mu tentang keadaanmu dan hasilnya kau dihantar kehospital, airmatamu mengalir tika kau dibawa kesana , aku apatah lagi.
Bermula detik itu daku sukar untuk mendampingimu, kau dijaga bergilir-gilir oleh anak-anakmu. Perasaan rindu dihatiku tak dapat daku tafsirkan, setiap kali ingin melawatmu aku dihalang. Sejak dikau sakit aku dijaga kembali oleh kedua ibubapa ku, jarak kita makin jauh dan hatiku makin hancur bila hanya mampu bersua dengan mu sekali-sekala memang dikau bukan ibuku tapi persaan kita tak difahami oleh sesiapa daku sering bergenag air mata bila merindukanmu. Azamku ingin menjagamu. Alhamdullilah cuti sekolah bermula daku berpeluang tinggal kembali dengan mu. Ya kami tinggal berdua diteratak buruk itu.
Bangun dari lenamu ku usungmu, ku tatihkan mu berjalan di tingkap, ku paksa dikau berjalan untuk kerumah saudara terdekat dan jika kau ingin ketandas ku bawa kau ke tandas biasa semua kulakukan agar kau pulih aku rindukan dikau.
Suatu Hari kau ucapkan "Mak ucapkan terima kasih kerana sanggup jaga mak membasuh najis mak dan mak halal kan segala " bila mana daku selesai membasuh lebihan sisa buangannya. Berderai airmata ini " Ya Allah jangan pisahkan dia dari daku itu doaku".
Masa berlalu kami terpisah lagi aku membawa hari yang lara datang ke kuala lumpur dengan seribu kekecewaan kau kutinggalkan kerana desakan orang sekeliling, bukan daku tak ingin menjagamu tapi daku tak berdaya siapalah daku dibandingkan dengan anak-anakmu. Betapa luluh hati ini setiap hari mendoakan mu dan berazam untuk membawa mu ke KL.
Hari berganti masa berlalu kasihku padamu tetap utuh biar jauh, aku mendapat perkhabaran dikau sakit tanpa berlengah daku memohon cuti dan balik ke kg. Sesampai dikampung jatuh airmataku bila bila keadaan dikau dan yang paling menyayat hati dikau tidak ingin memandangku marah benar dikau padaku. Tapi ku peluk, kucium mu dan kau menangis. Ku tahu hati mu. Malam itu aku menjaga mu tapi aku tidak sedap hati bila kusentuh kakimu sejuk dan kau hanya tersenyum. Dari cerita ku tahu kau sudah beberapa hari tiada selera makan dan tidak tidur.
Keesokan paginya ku mandikan dikau, kusikatkan rambutmu dan kubedakkan dikau, kau bergelak ketawa dan aku seringkali mengucup pipimu.
Selera makan mu kembali dan kau juga nampak sihat, ku peluk ku ribakau dan ku dodoikan dikau dengan "LA ILLAH HA ILLAH MUHAMMADEN YA RASULLALLAH"menitis air mata sanak saudara dan ucap mereka perbuatanku sama seperti mana yang dia lakukan padaku dulu.
Tidak kusangka detik itu seketika tengahari itu keadaan mu kembali teruk, kau nazak dan aku sentiasa menemani disisi, ku pangku kepalamu sambil menatap matamu yang memandang ku dalam sayu, sungguh tiada apa yang mampu daku ucapkan.
Bila masa kau dibaringkan airmata kau mengalir aku diisuruh menjagar kau untuk Mengucapkan kalimat syahdat, aku cuba menjadi kuat ku genggam jemari mu betapa aku mengharapkan tiada apa yang berlaku pada dirimu.
Luluh hatiku, namun ucapan itu tidak pernah henti ku ucapkan ditabir telingamu, tapi telah ditakdirkan dikau pergi membawa seribu kecewa, aku terkaku cuma titisan airmata dalam kebisuan kerana jiwaku benar terasa kehilangan, hilang tempat untuk aku bermanja hilang tempat aku merajuk dan wajah yang mulus itu tidak ada lagi untuk daku cium dan tatapi yang tinggal cuma rasa terkilan kerana tidak mampu membalas jasamu...
AL-FATIHAH

KATA HATI



Kata hati ini segalanya ingin dimiliki,
walau ada bagai mimpi,
walau ada dalam ilusi namun segalanya ingin ditakluki,

Memang benar hati ini tamak,
memang benar hati ini sombong,
Namun salahkah daku terus mengharap,
Berdosakah daku terus menagih,

Kata hati ini hanya milik ini,
Walau seribu yang mentafsir namun jawapan tetap dihati ini,
Walau sukar untuk difahami namun indah dalamnya,

Kata hati tetap dihati,
Tanpa perlu daku mewar-warkan ,
tanpa perlu daku melukiskan....

Thursday, September 8, 2011

RINDU YANG HADIR



Tika hati sedang berbisik rasa rindu hadir bertalu,
Ku toleh kanan ku pandang kiri,
adakah penawar untuk rasa ini,
Puas ku cari puas ku renung,
Namun rindu ini makin utuh makin hampir.

Ingin daku melepaskan,
Rela daku melarikan diri,
tapi kakiku kaku disini,
tanpa perlu bait bicara,
hati terus menanti.

Rindu ini terlalu menyakitkan,
rindu ini amat memeritkan,
namun penuh dengan keindahan
penuh dengan keasyikkan.