Terima kasih kerana singgah di blog ini.

Segala Karya adalah hak Milik ZR, aktiviti copy paste adalah dilarang. Sila Hormati

Segala Pandangan dialu-alukan dan ribuan terima kasih.



Thursday, August 25, 2011

DISAAT RAMADHAN KIAN BERAKHIR

Kini sedang hampir ia meninggalkan kita dan aku yang masih
belum puas mengecapi manisnya,
Dalam keterlekaan dalam kelapaan betapa ruginya
 daku kerana melepaskan walau sesaat detik itu,
Mungkin daku tidak mencuba sebaik mungkin mungkin
daku terlalu mengambil mudah sedangkan
belum tentu kemanisan ini akan daku temui nanti kembali.

Perginya ia akan meninggalkan daku yang masih dalam kekesalan dalam rintihan rindu,
Sungguh saat itu begitu indah seribu kata-kata tidak mampu
untuk mentafsirkan apa yang terkandung.

Tiap detik ada kesejukan ada kedinginan yang menyejukkan hati,
walau dalam amarah bulan itu mendamaikan,
bulan itu menerbitkan cahaya keinsafan yang tulus dan terus menusuk ke hati.

Diakhir Ramadahan ini hati semakin sayu, hati semakin gundah kerana rasa rindu ini makin kuat, airmata ini sering hadir tika aku meluah segala.
Indahnya saat ini damainya jiwa ini. Moga ada kesempatan untuk
daku menghambakan diri pada Ramadhan akan datang..



Wednesday, August 24, 2011

AKHIRNYA DIA



Pagi itu terasa damai, walau luka semalam masih terasa namun pantas saja ku cuba memujuk hati ini agar menerima tiap ketentuan sebagai takdir. Tiada yang berhak melainkan Dia yang lebih mengetahuai tiap kebaikan yang terselindung di sebalik kedukaan.

Awan yang terbentang luas begitu indah dengan corak yang tersendiri makin menguguhkan kekuatan ku. Yang berlalu biarlah saja walau akan tercalar sedikit luka di hati tapi aku tetap redha moga akal ku akan teguh berdiri.

“ Muklisah…Muklisah..kau tak apa-apa ke?” Aini menghampiri aku, mungkin sudah lama dia memerhatikan tingkah laku ku.

“Aku ok je, kenapa? Kau ingat aku susah hati kerana seorang lelaki?” aku cuba mentafsir lubuk hati aini.

“Bukan begitu muklisah…..” aini seakan tak dapat berkata-kata, ucapannya ternoktah disitu.

“Sudah lah aini aku menerima tiap yang berlaku dengan redha kerana aku yakin Allah itu maha adil kerana itu ia telah melindungi aku” Aku menarik nafas cuba melegakan gelodak dijiwa, cuba aku gagahkan walau hatiku sebenarnya ada rasa terkilan dan seakan menyalahkan takdir.

“Aku menerima ketentuan yang Mukriz bukan jodoh yang tertulis buatku, walaupun kami pernah bercinta dan pernah berjanji untuk mengharungi tiap suka duka bersama namun segalanya telah ditentukan olehNya.” Ada getar kesayuan di akhir ucapku memang ada luahan kesedihan dalam tenangku. Semalam sepatutnya aku menjadi suri dalam hidup mukriz dengan inai yang dihias indah dijari beserta persalinan pengantin yang cantik membaluti tubuhku aku menanti penuh debar, debar dalam bahagia untuk menjadi permaisuri kepada lelaki yang berjaya membuka pintu hatiku buat kali ke dua. Namun segala yang indah memang bukan milikiku.

“Aku tak sangka mukriz sanggup memalukan kau dan keluarga dengan membatalkan perkahwinan disaat akhir, kalau aku memang nahas mukriz aku kerjakan” Aini mengetap bibir seakan dia yang ditinggalkan.

“Aini, aku tidak salahkan sesiapa dalam hal ini, apatah lagi menyalahkan kedua ibu bapaku, sudah aku katakan aku terima dengan redha”. Pengakuan ikhlas dari ibu bapa ku ketika saat aku hampir diijab kabulkan ternyata meragut kebahagiaan yang aku impikan, memang pada mulanya aku menyalahkan kedua ibu bapa ku atas kesilapan mereka maka terlahirlah tanda cinta yang tidak sah iaitu aku. Semalam air mata ku luluh bukan kerana aku kesal dilahirkan sebagai anak luar nikah tapi aku tak sanggup melihat bapaku dihukum bagai pesalah yang besar oleh keluarga Mukriz.

“Mukriz….jika kau masih tetap dengan keputusan kau untuk memperisterikan perempuan ini, mak tak akan halalkan walau setitik susu yang kau minum dari mak” Kata-kata keramat yang diucapkan bernoktah disitu. Tanpa sebarang ucapan mukriz tidak mampu lagi untuk membela hanya lirikan mata yang penuh kehampaan mengiringi pemergian mukriz malam itu, mukriz meninggalkan aku dalam anganku yang musnah, ibu hanya mampu menitiskan airmata sambil memandang sayu padaku, mungkin menyalahkan dirinya sendiri.

Malam itu sepi menghiasi, tiada kedengaran hilai tawa ahli keluarga yang sebelum ini sibuk mengusikku, yang tinggal hanya sedu yang berbaki bagai simpati yang melimpah buatku.

“Abah…Mak…Muklisah tidak sesekali dan akan menyalahkan abah dan mak, walau apa pun tafsiran orang muklisah tetap berbangga menjadi anak kepada abah dan mak. Andai muklisah tidak diberi peluang untuk membesar dirahim mak mustahil muklisah akan ada hari ini untuk merasai kasih sayang dari abah dan mak.” Ucapku sambil mengucup kedua orang tuaku, kepiluan bagai melanda hati takkan aku biarkan penyesalan atau perasaan bersalah membebani perasaan mereka, doaku moga kedukaan ku digantikan dengan kegembiraan buat mereka.

“Muklisah….aku tak tau jika aku setabah kau untuk mengharungi keperitan seperti yang kau lalui, amat perit dan amat memalukan” Aini membuka bicara setelah dilihatnya aku mengelamun.

“Memalukan??? Apa maksud aini, kalau begitu aini malulah mempunyai saudara seperti muklisah, anak luar nikah begitu?. Aku memandang ke wajah aini meminta kepastian.

“Bukan itu yang aini maksudkan, maksud aini pihak lelaki meninggalkan muklisah disaat ingin diijab kabulkan, tidakkah rasa maruah dipijak-pijak”. Aini menyambung bicara.

“Tapi muklisah amat bersyukur sekurang-kurangnya Allah masih menyelamatkan diriku, Allah telah menunjukkan sifat sebenar ibu mukriz wanita yang selama ini amat tinggi nilai pegangan agamanya namun tewas dengan ketakutan dalam diri sendiri, takut dengan pandangan masyarakat”.
“Mukriz?  bagaimana jika dia memang sah menjadi suami muklisah tapi selepas itu tidak dapat melindungi muklisah?, bagaimana nasib muklisah jika hal itu diketahui setelah muklisah diijab kabulkan”. Aku seakan menyoal aini kembali.

Sepi menyelubungi seketika mungkin masing-masing ada jawapan tersendiri, namun bagi aku tiada apa yang perlu disesalkan mungkin nanti aku akan berjumpa dengan jodoh yang lebih baik, mungkin mukriz bukan yang terbaik buat ku.

“Muklisah…..Aini.. jauhnya termenung” Lontaran suara itu seakan menggetarkan jiwa.

“Azizatul Muklisah…..” Suara itu memanggil namaku sekali lagi.

Dalam debar ku palingkan wajah ke belakang dan seraut wajah yang amat aku nantikan menghadiahkan aku sebuah senyuman yang dulu selalu aku rindukan, walau tanpa ucapan walau tanpa perbuatan aku memang mengharapkan dia untuk memahami perasaan ku. Kawan sepermainan ku dari kecil sehingga saat dia hilang bila melanjutkan pelajaran. Hilangnya membawa bersama rindu yang kusemai walau tanpa ia sedari dan kini ia hadir kembali didepanku.

“Maaf saya tak dapat hadir semalam” Tuturnya lembut bagai menyusun kata.

“ Nazrul …bila awak datang?” hanya itu yang terpancul dari bibirku.

“Muklisah saya bersimpati atas apa yang berlaku”. Nazrul tunduk tanpa memandang wajahku mungkin bimbang hatiku terguris.

“Sudahlah Naz, sudah tertulis begini, lagipun tiada apa yang perlu dikesalkan” Aku berbicara dengan tenang ibarat tiada apa yang berlaku, terus mukriz hilang dari kotak fikiran ku.

“Muklisah izinkan saya menemani awak walau untuk seketika, walau saya tak dapat menghilangkan parut dihati namun izinkan saya merawatnya dengan keiklasan yang tersimpan lama buat awak”. Nazrul berbicara lembut sambil merenung tepat ke mata ku.

“Apa maksud, naz …” aku tidak tahu apa harus aku ucapkan

“Muklisah..apa yang saya ucapkan dan maksudkan sudah lama hati dan muklisah tahu, tak perlu kita membohongi diri masing-masing, biar dimulut tidak terucap namun sinarnya tertera dimata..berilah peluang kepada perasaan kita, tentang sejarah silam itu usah diungkit, di mata naz  muklisah cukup indah sempurna segala”. Naz menyulam kata seakan mengerti permainan jiwa ku.

“Ya Allah, Engkau lebih mengetahui sungguh Engkau Maha Adil, Engkau putuskan kasih ku tapi kau tautkan cinta ku dengan seorang insan yang sudah lama ingin aku dekati yang sudah lama memahami daku. Akan ku terima ketentuan Mu kerana Dikau yang mengetahui segala rahsia yang terselindung di sebalik kedukaan ujianMU”. Aku berbicara sendirian dalam hati dengan kuntuman keindahan yang tidak aku jangkakan akan menjelma dalam hidupku. Akhirnya aku tahu Nazrul yang sememangnya ku tunggu selama ini.

Sekian Terima Kasih...

Harap dapat memaafkan kekurangan penulisan ku ini

PEMBUKAAN TIRAI

Teratak ini teratak baru untuk daku meluah dan melemparkan bakat seni yang tak berapa berbakat. Walau mungkin tak best dan tak sempurna namun aku tetap nak menulis mungkin ada yang loya, ada yang benci ada yang menyampah, tapi mesti ada yang suka kan?..

Insyaallah diteratak ini akan dilahirkan nukilan dan cetusan hak milik daku sendiri hasil perahan otak dan minda sdn. bhd tanpa sebarang copy paste yerrrrr...

Terima Kasih