Terima kasih kerana singgah di blog ini.

Segala Karya adalah hak Milik ZR, aktiviti copy paste adalah dilarang. Sila Hormati

Segala Pandangan dialu-alukan dan ribuan terima kasih.



Sunday, May 27, 2012

SETIA KE AKHIR HAYAT




Sepi sampaikan salamku
Setia cintaku kepadamu
Semoga ke akhir hayat
Kami disatukan... oh... oh...

Kasih
Cintamu bak dian di tiup angin
Kerdip mencari sinaran yang
Menyakinkan di hati...
Selagi ada terpedaya
Tak mungkin kita bahagia
Ambil yang jernih buanglah
segala keruhnya...

Rimbunmu yang penuh
Onak duri ku doakan menjadi
Haruman di taman inderaloka
Berwarna-warni untuk kita nikmati

Ku semikan kasih sayang
Untuk kau pelihara
Sebaiknya diwaktu suka
Disaat duka
Kala bersamaku

Engkau ditakdirkan jadi milikku
Aku bahagia jadi milikmu
Semoga hingga ke akhir hayat...
Kita disatukan...

Engkau ditakdirkan jadi milikku
Aku bahagia jadi milikmu
Semoga hingga ke akhir hayat...

Wednesday, May 23, 2012

Ulangtahun mu




Semakin hari semakin kau matang, daku melihat tiap gerakmu walau ada pincang namun tetap ku sambut walau ku luka,
Hari berpusing mentari berganti, kau makin dewasa dalam arasmu,
Daku menjadi pemerhati melihat langkahmu makin laju, makun lebar, walau kadang-kala ada amarah ini yang berlagu namun fahamilah ia tanda kasihku padamu.

Bila malam menerjah sepi raut wajahmu ku tatap sayu, betapa cinta ini utuh buatmu tanpa dikau sedar sanggup kulakukan apa sahaja demimu, benar ini bukan janji palsu namun hakikat yang pasti.

Ruang yang ada cuba ku isi, walau  kala jauh namun kau tetap dihatiku, tak akan mampu ku padamkan namamu kerana telah terikat kau milikku buat selamanya, padamu ada titisan darahku, walau warna mungkin berbeza namun hakikinya pasti sama.

Walau pasti tidak kau ketahuai aku selalu mendoakan mu, tiap ruang ku pastikan sebut namamu, tanpa jemu tanpa bosan kerana namamu terindah dibibirku. Segala milikmu adalah istimewa kau terlalu sempurna tanpa cebisan cacat, segala cukup bagi dirimu dan aku mensyukuri atas hadirnya dirimu.

Walau tak akak kau ingati daku tetap melemparkan kata, daku tetap mengucup mu untuk membisikkan selamat hari lahir saying, kaulah cinta ku buat selamanya dan moga dikau juga mencintai aku sebagaimana daku mengasihimu…


Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
[ Lyrics from: h


Selamat ulang tahun sayangKini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Monday, May 21, 2012

Sayang Awak - Bab 7



Hakimi pelik dengan tingkah Aina, tadi mereka tertembung di Mines , Aina seakan cuba lari darinya. Hakimi cuba menghubungi handphone Aina tapi tiada jawapan message juga dihantar sejak beberapa hari lepas yang hadir Cuma kebisuan. Hakimi gelisah mengapa dengan Aina. Marah kah dia…Susah betul hakimi nak memahami naluri wanita.
Mungkin juga silap dirinya membiarkan AIna melayan perasaan sendiri, bukan hakimi sengaja tapi dia ingin kemarahan dan kesangsian Aina berkurang dulu baru akan dipujuk. Hakimi akui sudah dua minggu dia menghalang diri dari menemuai Aina malah tidak pernah cuba untuk menghubungi Aina langsung, walau pun begitu Ain sentiasa menjadi menyampai berita dan kabel yang boleh diharap untuk menyambapkan maklumat mengenai AIna.

Menurut Ain kebelakangan ini Aina tidak lagi suka berbicara, dia suka menyendiri dan lebih indah melayan dunianya sendiri hakimi gusar mendengar itu semua, semuanya berpunca dari pertunangannya bersama Tengkku Ariff Durah. Hakimi semakin tidak mengerti mengapa ini terjadi pada diri Aina.

Jemari hakimi pantas mengambil handphone dan mendail no AIna sekali lagi. Berkali dicuba namun tiada jawapan.

Hakimi putus harapan, mengapa begini sekali Aina menghukumnya, memang hakimi bersalah namun tiada ruang kemaafankah dihatinya.

Menjelang malam handphone hakimi berbunyi menandakan ada pesanan. “ Salam, sorry  tadi u call I ada meeting.” Membaca pesanan itu hakimi ingin melompat kegembiraan. Tapi awak saya bahasa yang digunakan Aina untuk dia.

Tanpa berfikir panjang hakimi pantas mendail no Aina.

“Assalamualaikum.” Terdengar suara Aina memulakan bicara, betapa terubat kerinduan yang bersarang.

“Waalaikumussallam” Hakimi membalas.

Bisu menyelubungi dua insan tersebut, ibarat tidak pernah mengenali.

“Aina sihat? “ Hakimi mati punca untuk memulakan topik perbualan.

“Alhamdulliah” Sihat u cam na.” Mesti sihatkan. Baguslah u call I senang sikit I nak bagitau.” Aina berbicara ibarat tiada apa pernah berlaku antara mereka.

“Aina kenapa awak seperti lain”? Hakimi seakan pelik dengan cara Aina

“Pelik tak lah, oh mungkin sebab I kena belajar untuk berubah, maklumlah dah jadi tunangan orang.” I tak rasa u tak tahu.” Nada suara Aina seakan menyindir Hakimi.

“Oh pasal tu mestilah saya tahu, kenapa Aina cakap macam tu.” Soal hakimi

“I dah agak dah u mesti tahukan, so sekarang u senang hati lah I dah bertunang jadi u pun bolehlah teruskan hubungan u dengan perempuan yang dating dengan u hari tu.” Aina berbicara tanpa mempedulikan reaksi hakimi.

“You tahu ke nama tunang I tu, I rasa u dah tahukan tak pun nak I bagitau sekali lagi Tengku Ariff Durrah, cam na ok kan namanya?” sengaja Aina menekankan sebutan nama.

“Aina kenapa dengan awak ni.” Hakimi menyoal aina

“Cukuplah itu je saya nak bagitau awak, dan lagi satu tunang saya tu cukup segak orangnya dan dia amat menyintai saya. Good bye”. Tanpa bicara Aina meletakkan telefon membiarkan hakimi yang masih terpingan-pingan dengan cara Aina.

              

Tuesday, May 15, 2012

Aku

Janganlah daku diuji begini,
Benar puas kucuba untuk menjadi kuat,'tapi lebih kerap lemah hadir,
Telah kupujuk hati untuk menidakkan,
Namun jiwa tetap kalut.

Mengapa aku selalu lemah,
Senang untuk menyerah walau pun hakikat aku perlu kuat,
Aku perlu tabah keran ada yang menyanyangiku.

Mata yang selalu ku lihat penuh harapan agar ku utuh,
Betapa raut wajah itu nadi hidupku.
Sayangnya mereka padaku,
Betapa kasihnya mereka padaku walau tanpa ucapan.

Betapa harus aku sedar yang aku masih deperlukan,
harus aku bangkit,
semestinya aku perlu melawan rasa ini,
aku perlu yakin akan diri ini.

Thursday, May 10, 2012

IBU

                                             

Tika ada titisan yang hadir dipipi ini,
Kau usup lembut tanpa tanya, pantas kau peluk erat dalam selaut kasih,
Bila matamu dan mataku bersatu dalam sepi kau nyatakan kasih,
Mungkin tidak aku fahami namun kasihmu terus melimpah.

Bila masa terus berlari aku semakin jauh dari dakapanmu,
terkadang aku melupakan mu walau rindumu padaku tidak pernah padam,
Dulu aku kau kendong kau tatang penuh ikhlas tanpa sungutan walau ragamku melebihi kudratmu.

Warna hidupku berlandaskan redhamu,
Tanpa doa darimu kemaraulah jiwaku,
Tanpa restumu layulah perjalananku.

Benar kini payung ku telah bertukar,
Kau lepas aku sebagai amanahmu pada yang menerimaku,
Terbit senyum diwajahmu namun tangisan terlihat ditabir itu,
Sungguh berat kau relakan kaki ku melangkah keluar dari secebis kehidupanmu.

Kini selain tanganmu ku kucup tangan yang menjadi halalku jua ku kucup,
Segala untuk mu dulu kini beralih kepada dia,
Walau redha ku kini adalah kerana redha pemilik tulang rusuk ku,
Namun syurga ku tetap di telapak azimat doa darimu IBU.


Wednesday, May 9, 2012

KEINSAFAN

 
 
Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia

Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahmu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukuman dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
oh...

(Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir...

Tuesday, May 8, 2012

SAYANG AWAK - BAB 6



Hari ini hati terasa kosong, entah mengapa agak sukar untuk Aina tafsirkan, betapa perasaanya tersayat. Sampai hati mak dan ayah meneruskan juga pertunangannya dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali, nama pun baru tahu dua hari lepas.

Aina Cuma memandang kaku kotak cincin yang tersimpan diatas meja soleknya, Kotak itu tidak pernah dibuka semenjak dari hari mak menerima cincin itu dari keluarga Tengku Ariff Durrah.

Sekilas hatinya mengingati detik manis bersama hakimi, kau kejam hakimi sampai hati kau biarkan diri ini begini….tapi tak mengapa aku akan buktikan pada hakimi yang pilihan mak dan ayah memang tepat dan tunjukkan pada hakimi biar padan muka dia. Reaksi Aina berubah seketika bila memikirkan peristiwa bersama Hakimi tempoh hari.

Aina pantas memegang kotak cincin, perlahan-lahan jemarinya mengusup kota itu, rasa damai dan tenang. Mengapa perasaannya berubah  bila menyentuh kotak itu, adakah benar dia mencintai Aina atau memang dia yang tertulis untuk membimbing Aina.

“Ha apa yang menung bekas cincin tu” Ain yang datang mematikan gelodak dijiwa Aina.
“Tenung sahaja tak membawa sebarang erti”. Aku cuba menyembunyikan resah yang bersarang malu pun ada.

“Orang tua cakap makin ditenung makin kita tahu apa yang tersimpan, kenapa tak pakai lagi cincin yang tersimpan” Ain cuba mengambil bekas cincin ditangan Aina.

“Siapa yang nak pakai Ain ke, kalau nak akak boleh je sarungkan.” Aku dengan muka selamba, sedang dalam hatiku ingin juga melihat bagaiman rupanya cincin yang menjadi perantaraan antara aku dan dia.

“Akak ni orang tu datang dengan ikhlas nak mendirikan masjid tapi akakseperti tak mempunyai jiwa, dah le waktu mereka datang akak pergi kerja, bukan ke mak dah pesan.” Ain merungut melihat perangaiku

“Akak ada ke, akak tak ada ke tetap mengikut perancangan mak” Ada nada kekesalan di suaraku.

“Kenapa akak tidak bersetuju dengan ikatan ini, bukankah ini yang akak mimpikan, Bukankah ini yang akak hendakkan.” Ain memberiku soalan yang aku sendiri belum mampu untuk menjawabnya.


Aku terus membisu aku sendiri tidak pasti memang ini yang aku inginkan, memang ini yang aku dambarkan tapi bukan dengan dia.

“Akak tak ngam dengan abg Durrah ke?” Ain melemparkan senyuman

“EEEE abang Durrah tolonglah, geli le akak dengar, tetiba berabang pulak.” Aku memandang wajah ain dengan mimic muka yang sengaja ku buat-buat.

“Yalah diakan bakal suami akak merangkap abang ipar Ain mestilah panggil dia abang.” Ain meluahkan

“Helllo tunang je ya belum kahwin macam-macam boleh jadi.” Aku mengharapkan pengucapan ku itu termakbul

“Alah kak Ain sentiasa mendoakan moga akak dan abang durrah akan menjadi suami isteri yang paling bahagia.” Ain bingkas bangun keluar dari bilikku, mungkin mengelakkan dikerjakan.

Aku buntu kenapa semua orang amat menyokong si durrah tu

“Tengku Ariff Durrah”. Entah betul ke tak tengkunya itu aku membebel seorang diri, lantas ku letakkan kembali bekas cicncin niat untuk membuka cincin termati disitu.

Monday, May 7, 2012

Aduhai Sayang




Duhai Sayang,
Usah biarkan aku mencari dimana terletak kasihmu padaku.
Mengapa perlu aku menggali rindu mu pada ku,
Ikhlaskan cinta yang kau taburkan walau tanpa pengucapan,
Jujur cinta itu bukan untuk ditunjuk-tunjuk tapi mengapa dikau tidak menunjukkan cinta?

Aduhai Sayang,
Memang selalu dikau ucapkan kasih tapi seperti jauh,
Jahatkah aku jika menginginkan segala didepan mata,
kejamkah jika aku bersifat tamak.

Duhai Sayang..
Mengapa mesti gilakan bayang kerana yang asli ada didepan,
Mengapa selalu dipuja bila bersama kelu tanpa kata.



Sunday, May 6, 2012

MASIH RINDU





Mengapa susah untuk kulepaskan dikau pegi dari hidupku,
Puas ku cuba tepis rasa rindu ini namun tetap jua ia bertapak dalam kenangan ini,
Bagaimana harus ku lakukan untuk menghilangkan rasa rindu ini tika dikau tiada lagi disisi,
Memang halikat dikau tak akan kembali, tapi rindu ini degil.

Duhai hati sakitnya dikau, duhai perasaan lukanya dikau,
Harus telah lama ku redhai perginya dia,
Tapi mengapa jiwaku tetap merindu.

Thursday, May 3, 2012

Kenangan




Sayang..

Kupohon dari mu usah memadamkan kenangan yang pernah hadir antara kita, walau pernah kita terluka dan walau kita telah berpisah namun kenangan tetap akan kekal, maka usah terus cuba dibuang kerana itu menyakitkan.

Biarkan ia terbang dengan rela tanpa paksaan, walau permulaanya tenat pasti akan pulih dihujungnya.