Terima kasih kerana singgah di blog ini.

Segala Karya adalah hak Milik ZR, aktiviti copy paste adalah dilarang. Sila Hormati

Segala Pandangan dialu-alukan dan ribuan terima kasih.



Tuesday, August 14, 2012

AIDILFITRI DULU





Aidilfitri kian hampir, kian menampakkan diri,
Hanya rindu yang kian hadir mengimbas tiap memori tika dialam kanak-kanak,
cuma riang dan senyum yang belagu,
tiada rasa celaru tiada rasa gelisah,
segala nampak cantik di Aidilfitri.

Dulu segalanya sempurna, penuh dengan kisah yang riang,
Betapa comel memori dulu,
Berbaju kebaya berserta beg disandang ditepi berkasut merah cantik,
Kebaya Kota Bharu menyaluti tubuh penuh anggun,

Di pagi Syawal kenangan terindah,
Dari rumah menampak ke rumah Allah,
Dalam suasana indah,
Wajah nan riang berkira-kira tentang untung duit raya,
Tentang makan biskut raya.

Salam wajib dihulurkan ditiap rumah yang disinggahi,
Bukan ingin makan niat dihati sekadar mengharapkan agar diberikan duit raya.
Tak perlu seringgit walau lima puluh sen dulu begitu banyak sekali.

Bila mengunyah biskut raya yang rasa sedap,
Operasi dijalankan pasti biskut disumbat kedlaam beg yang dibawa,
Bukan tamak namun rasa itu ingin dikongsi sekali bersama nenek,
Rasa kekurangan jika hanya diri sendiri menikmati kesedapan itu.

Aidilfitri dulu memang berbeza penuh dengan nostalgia,
Penuh dengan kenakalan...




Wednesday, July 25, 2012

BULAN AJAIB




Tiap malam di Bulan ini adalah indah,
Penuh dengan tenang penuh dengan damai,
Maka tetapkanlah aku padaMU,
Sujudkan aku dalam penuh taat padaMU.

Tiap kesunyian dimalam hari gerakkanlah hatiku untuk memuji-mujiMU,
Ringankanlah bibirku untuk selalu memujaMU,
Biarkan masa ini ku lebihkan buatMU,
Kerana Hak ku hanya milikMU.

Bangunkan Aku tika aku terlena,
Agar dapat kulagukan irama-irama indah didalam kitabMu,
Segarkan aku tika mata ingin tertutup,
Dengan titisan Wudhuk yang membasahi tiap kulitku.

Bulan ini penuh kecantikkan,
Setiap hari membawa sejuta kenikmatan,
Maka janganlah KAU jadikan aku orang yang rugi,
Lapangkan aku untuk mengaut sedikit amalan,
Walau mungkin tidak segunung namun tatep ku cuba untuk sedulang.

Thursday, July 19, 2012

Buat Dia

Ya Allah,
Esok ramadhan hadir lagi, Dalam penuh rahmatMU,
Betapa hati ini kembali sayu mengingati dia yang telah pergi selamanya,

Memori di Ramadhan itu begitu pilu, begitu menyentap kenangan ku,
Tak bisa kulepaskan memori itu walau aku mudah senyum.

Ya Allah,
Ka limpahi dia kesayangan ku dengan RahmatMU,
KAU lapangkan dia disana.

Dia yang dulu menghiasi dengan seribu kemanisan,
Hingga kini kemanisan itu tidak hilang,
Dalam Ramadhan ini terpalit rasa.

Ya Allah,
Kuat daku dalam menempuhi rindu ini.

Ya Allah ku hadiahkan Al-Fatihah buat dia,
Tidak pernah ku terlupa hadiah itu buatnya tika ku menghadapMU.
Sampaikan doaku buatnya, kerana tidak termampu ku lakukan yang lain,
Itu tanda kasih ku padanya..

Ya Allah,
Damaikan kekasih ku disana....

Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan Kian Hadir





Ramadhan Kian hampir, kian mengingatkan tentang dia,
Penuh sayu ada nada rindu dihati ini,
Airmata ingin jatuh, memang aku mudah untuk menangis bila terkenangkan peristiwa dihari ramadhan itu,
Sehingga kini aku merasa bersalah, terasa sesalan ini terus terpikul,
Betapa setiap bayangan detik itu, hati ini mula berombak pilu.

Tiap kali ramadhan, pasti airmata ini ingin hadir, walau dalam riang, nyata aku masih mengingati dia,
ramadhan dulu indah dengan dia, aku tahu aku terlalu emosi,
Tapi banyak kasih dan sayang yang dia simpan buatku.

Tika Ramadhan kian hampir, makin sunyi hati ini.
Aku benar tidak bisa menghadapi bulan ini, aku sendu.
Aku harus kuat tapi aku masih mengingati saat dengan dia.

Ramadhan Kian hampir, aku ingin menangis,
Harus melupakan kisah itu, tapi aku tak mampu,
terusan ia hadir, terusan aku terpukul.


Sunday, July 15, 2012

CUKUPLAH

Berkali awan mendung hadir tika cerah membawa lara,
Berkali jua hati ini cuba untuk memujuk rasa yang hadir,
Benar kasihmu padaku ada, pasti cintamu buat ku wujud,
Tapi mengapa berkali jua hatiku sangsi,
berulang jua kau mencipta ragu,
Pudarkah kasih walau dalam terang.

Usah menukarkan orkid kepada mawar jika kau sekadar lalang,
Usah mengharap pelangi jika hujan hadir malam,
Jangan mencari mentari dibalik bintang,
cukuplah sekadar Pungguk merindu bulan.

Janji itu sebuah kata,
Kata itu tanpa lidah,
usah terlalu percaya kerana hampa setia menanti.

Cukuplah sekadar menyintai tidak perlu terlebih mengharap dicintai,
kerana dicintai lebih menyakitkan dari menyintai,
Permulaanya indah di tengahnya suam dihujungnya layu.




Thursday, June 28, 2012

Sayang Awak ~ Bab 10



Aina membebel sendirian bila melihat jambangan bunga tambah geram bila dilihat hakimi yang menghantarnya.

“Mengapalah mamat ni tak faham, atau memang dia sengaja nak buat aku serba salah.” Aina merungut sambil memandang jambangan bunga yang baru diterimanya.

Sejak dai hari hakimi cuba berjumpa dengannya dan aina memungkiri hakimi selalu menghantar jambangan bunga kepada aina. Walaupun ada kebencian tapi aina sebenarnya menyukai jambangan yang dihantar. Ros biru dan tulip biru itulah bunga yang amat digemari aina. Tapi sayang kerana ego dan marah jambangan itu selalu aina hadiahkan kepada kawan dipejabatnya.

Handphone aina berbunyi menandakan pesanan masuk

“ Hai sayang…selamat Hari lahir..saya sayang awak.” Ringkas dan padat message dari hakimi

Bila membaca pesanan dari hakimi terasa ada butiran jernih yanga mengalir. Sayang hakimi gelarkan dirinya, ternyata hakimi masih mengigati hari lahirnya. Dulu hakimi selalu buat-buat lupa setiap kali ulangtahun kelahiran aina, hingga aina pernah merajuk. Mengapa kini hakimi seperti tidak mengerti yang dia tunangan orang. Mengapa hakimi seperti tidak mempedulikan gelaran itu.

“Aina ada penghantaran barang untuk awak.” Shah rakan sekerja memanggilnya

“Penghantaran barang dari syarikat mana? Barang apa. Senang nak chechk kat system.” Aina menjawab

“penghataran ni tak ada dalam system cepatlah.” Shah memberikan arahan

Aina melangkah dengan dengan berat sekali. Hari ini harilahirnya tapi jiwanya kososng. Tergamam seketika aina bila dilihat syarikat penghantaran barangan.

“Ini cik Nuraina Binti Mohd ke’” soal kakitangan tersebut

“Ya saya kenapa.” Ada apa-apa boleh saya tolong.” Aina seperti pesalah

“Sila tandantangan disini untuk penerimaan barangan dan ini kek untuk cik  .” Aku menuruti arahan tanpa sepatah ucapan. Kawan-kawan sepejabat beberapa orang datang mengerumi aku. Sejambak bunga tulip biru sebanyak 17 kuntum, sebiji kek dan hadiah yang dibalut menyebabkan aku menjadi isu hari itu.

Aku masih tertanya-tanya siapa yang menghantar ini semua. Tapi bila memikirkan tulip biru pasti ianya dari hakimi, Tidak putus asa rupanya dia baru tadi dia menghantar ros biru untuk ku. Dengan bantuan rakan-rakan aku membawa semua barangan tadi ke department ku. Bungkusan hadiah yang kuterima agak besar bersaiz A1.

Hari lahirku disambut dengan kek yang baru kuterima catik berbentuk love dan bertema biru ya warna kegemaran aku tertera selamat ulangtahun kelahiran buat gadisku Aina.  Desakan rakan-rakan memaksa aku membuka balutan hadiah yang diterima. Mulanya ku tidak ingin membukanya bagiku biar aku tidak mengetahuai kandungannya bimbang hatiku akan tertewas bimbang ego dan degilku akan tertewas dan aku akan menagih kembali kasih hakimi yang pernah melukai hatiku.

Perlahan-lahan kubuka bungkusan yang diterima, ada getar dihati, rakan-rakan menanti dalam kebisuan semua menumpu perhatian. Lapisan terakhir membaluti hadiah ku buka. Tergamam aku bila melihat sebuah potret didepanku. Sungguh indah aku sekakan tidka mempercayai. Wajahku terpampang di lukisan itu umpama reality. Rakan-rakan ku yang lain juga seakan terpegun dengan hasil yang begitu indah. Aku sendiri tidak pasti bagaimana wajahku dizahirkan sedangkan hakimi tidak memiliki potretku.

Rakan-rakan semua memeberikan pujian betapa aku beruntung mempunyai kekasih hati seperti hakimi, sedangkan mereka tidak mengetahui yang antara aku dan dia mungkin telah tinggal sejarah dan aku bakal mencipta sejarah baru.

Thursday, June 21, 2012

Sayang Awak - Bab 9




Hakimi semakin pelik dengan sikap Aina, mengapa begitu sekali penerimaan Aina.

Terkadang sikap aina agak sukar diramal, aina sudah tidak menyunkainya tapi menyukai Tengku Ariff Durrah. Hakimi bungkam dengan permainan aina. Makin dikejar makin lari.

Tiba-tiba hakimi tersenyum nakal apakah seperti yang difikirkannya itu benar, adakah begitu, hakimi seakan menemuai jawapan pada permasalahan itu.

Hakimi seakan dapat merasakan aina cuba mencipta cemburu padanya, aina cuba menarik perhatian hakimi, tapi siapa perempuan yang aina maksudkan. Pening hakimi memikirkannya.

Hakimi cuba mkengingati setiap saat bila dia keluar bersama perempuan lain, rasasnya banyak masa dihabiskan dipejabat dan selebihnya keluar bersama aina itu pun tak selalu, hakimi selalu memegang pesanan kedua ibubapanya, agar sentiasa menjaga batas pergaulan.

Hakimi bagun dari katil sambil melompat, ingatannya mengingat sesuatu. Hari itu ya baru hakimi ingat dia ada berjumpa dengan seseorang pantas saja senyuman hakimi bertambah lebar dan jemarinya terus mendial untuk menghubungi seseorang.

Selesai berbicara baru hakimi mengerti situasi yang sebenarnya, hakimi melepaskan kelegaan yang selama ini membebani jiwanya. Hakimi mengukir senyum yang membawa seribu erti sambil menatap potret aina yang dimilikinya tanpa pengetahuan gadis itu, telah menjadi syarat bagi mereka berdua untuk tidak menyimpan gambar mahupun bergambar bersama.

“Kenapa susah sangat awak nak bagi gambar kat saya ni?”. Hakimi memandang wajah aina

“Tak ada lah susah sangat, nak buat apa gambar semua tu tak pentinglah” Aina menjawab selamba



“Sekurang-kurangnya nak tidur malam boleh menatap wajah awak, ni nak ambil gambar nak letak kat handphone pun tak boleh.” Hakimi melepaskan keluhan

“Perlu ke semua itu, bila kita mencintai dan menyanyangi seseorang maksudnya kita dapat melihat dia walau dimana jua.” Aina berbicara lembut.

“Awak cakap awak rindukan saya, maka gunakan rindu awak untuk mengingati wajah saya, andai betul awak sayangkan saya mengapa tidak ditiap malam awak yang kelapangan awak mohon dari DIA untuk menyatukan kita?, itukan lebih indah.” Tutur aina lagi itulah aina yang aku kenali walau pun keras diluar tapi dihatinya penuh dengan kecintaan dan kerana itu aina menjadi pilihan hakimi.

Hakimi tahu aina bukan calang-calang gadis, gadis itu banyak mendamaikan jiwanya dan banyak membantunya dikala hakimi tertekan, buntu dan sebagainya. Lesung pipit yang menghiasi Aina cukup untuk menghilangkan keletihan hakimi, senyumnya juga manis bias meredakan tiap kekalutan, tiap bait yang dia keluarkan tika berupa nasihat akan meresap ke sanubari hakimi. Betapa hebat gadis itu dimata hakimi, Oh sungguh indah ciptaanMu Ya Allah.

Hakimi tahu malam ini pasti dia akan lena dalam damai, lena ditemani wajah gadis yang dicintai, lena dalam dakapan kenangan aina, sungguh indah sekali. Pantas mata hakimi terpejam perlahan-lahan dengan senyuman yang berbaki.