Terima kasih kerana singgah di blog ini.

Segala Karya adalah hak Milik ZR, aktiviti copy paste adalah dilarang. Sila Hormati

Segala Pandangan dialu-alukan dan ribuan terima kasih.



Tuesday, August 14, 2012

AIDILFITRI DULU





Aidilfitri kian hampir, kian menampakkan diri,
Hanya rindu yang kian hadir mengimbas tiap memori tika dialam kanak-kanak,
cuma riang dan senyum yang belagu,
tiada rasa celaru tiada rasa gelisah,
segala nampak cantik di Aidilfitri.

Dulu segalanya sempurna, penuh dengan kisah yang riang,
Betapa comel memori dulu,
Berbaju kebaya berserta beg disandang ditepi berkasut merah cantik,
Kebaya Kota Bharu menyaluti tubuh penuh anggun,

Di pagi Syawal kenangan terindah,
Dari rumah menampak ke rumah Allah,
Dalam suasana indah,
Wajah nan riang berkira-kira tentang untung duit raya,
Tentang makan biskut raya.

Salam wajib dihulurkan ditiap rumah yang disinggahi,
Bukan ingin makan niat dihati sekadar mengharapkan agar diberikan duit raya.
Tak perlu seringgit walau lima puluh sen dulu begitu banyak sekali.

Bila mengunyah biskut raya yang rasa sedap,
Operasi dijalankan pasti biskut disumbat kedlaam beg yang dibawa,
Bukan tamak namun rasa itu ingin dikongsi sekali bersama nenek,
Rasa kekurangan jika hanya diri sendiri menikmati kesedapan itu.

Aidilfitri dulu memang berbeza penuh dengan nostalgia,
Penuh dengan kenakalan...




1 comment:

TQ sudi membaca walau tak best