Terima kasih kerana singgah di blog ini.

Segala Karya adalah hak Milik ZR, aktiviti copy paste adalah dilarang. Sila Hormati

Segala Pandangan dialu-alukan dan ribuan terima kasih.



Tuesday, January 31, 2012

LENGKAP DAN MELENGKAPI

Kadang kala dalam keriuhan ada kekosongan dalam jiwa, walau dikiri dan kanan penuh dengan warna tapi kelabu masih menghiasi warna pelangi kita. Kita mungkin seronok namun keseronokan itu hanya kosong..

Hidup kita memang lengkap penuh rasa kasih, penuh rasa sayang namun terkadang kita lupa untuk melengkapi cinta kita yang sebenarnya.

Mengapa mesti menyerahkan kepada doa semata untuk menerbitkan rasa yang ada, mengapa mesti hanya berpasrah untuk kekal rasa hingga ke akhirnya, namun kita sendiri tidak melengkapi ruang rasa itu dengan penuh yakin dengan penuh  keyakinan. Tidak perlu berlandaskan kemewahan semata, tidak perlu perlakuan yang romantis dimata sahaja andai jiwa tidak lengkap dengan percaya.

Terkurang usah mengurangkan dengan rasa benci, terlebih jangan melengkapi dengan alah kadar sahaja.

MENCARI CINTA

Mencari cinta bukan mudah tapi memahami cinta itu sulit, sekadar bebicara tanpa keihlasan ibarat ruang yang kosong.

Cinta bukan sekadar diperlakuan yang pasti mesti ada dihati, usah terlalu mencurah kata andai niat tidak pasti. Bukan mudah menafsir cinta kerana cinta itu luas, bukan sekadar cinta berlainan jantina semata.

Bukan cinta semata dalam hidup, hidup bukan kerana cinta tapi hidup perlukan cinta.