Terima kasih kerana singgah di blog ini.

Segala Karya adalah hak Milik ZR, aktiviti copy paste adalah dilarang. Sila Hormati

Segala Pandangan dialu-alukan dan ribuan terima kasih.



Monday, September 12, 2011

TANPA MU


Bukan rahimmu tempat daku menumpang dulu, bukan nadimu tempat ku berkongsi dulu, dan bukan dikau yang melahirkan daku dulu...
Memang hakikatnya bukan milikmu semua itu tapi perasaan dan sayang ini memang untuk mu.
Biar dulu seribu kepayahan, biar seribu kedukaanku kau selimutkan dengan kasih kau siram dengan sayang..
Keperitan banyak mengajar aku erti cinta yang sebenar, betapa kuat kudratmu memunggah air diperigi disetiap pagi untuk daku membasuhi tubuhku.
Betapa kuat azammu memunggah kayu untuk dijadikan api bagi menyediakan hidangan buatku.
Dalam gelap pagi bertemankan lampu suluh kau temani ku untuk menaikai bas ke tempat ku mendapatkan ilmu doamu moga daku akan membela nasibmu.
Hasil torehan getah itulah rezeki kita, berbekalkan basikal dengan bangga ku bawa rezeki itu untuk menukarkan dengan nilai upahan, biar kawan sekeliling mengejek kerana baunya yang amat mewangi itu bukan halangan kerana itu adalah rezeki kami. Dengan rezeki itu ku hitung upahku untuk membeli sebiji tembikai dengan cucuran air jernih kau hanya mampu tersenyum melihat gelagatku.
Hanya kita berdua lebihan tembikau kau balut dengan plastik berlapis -lapis dan kau lapik kan dalam dulang yang berisi air agar tahan lama, itulah peti ais kita dulu tapi aku tidak pernah mengeluh kerana aku tidak memerlukan itu semua cukup kau ada disisi.
Kasut sekolah ku terjahit tapi tetap kemas, baju ku semakin menipis ekoran peredaran waktu tapi tidak menjadi maslaah bagiku. Peningkatan masa menjadikan daku matang untuk bersamamu mencari rezeki.
Pohon getah sudah biasa kutoreh, sawah padi biasa ku semai, cangkul biasa ku pegang bercucuk tanam, segalanya ku pelajari dari mu.
Tanggungjawab telah ku pikul balik dari sekolah kusediakan hidangan buatmu, kau tersenyum melihat itulah yang terindah.
Masa berlalu dibulan ramadhan, balik dari sekolah aku melihat dapur tidak berasap aku menjadi marah pada dia kerana tidak memasak. Maka rajuk hatiku kerana penat belajar. Dia hanya senyap dan melakukan kerja didapur sedangkan selama ini aku yang melakukan itu semua entah mengapa aku menjadi begitu.
Malam selesai berterawih dan balik ke rumah dikala ingin bersahur dia mengejutkan aku dengan memangil Na..Na aku yang mamai bangkit, ku lihat dia seakan tidak mampu untuk bangun. Aku terkejut melihat separuh badannya lumpuh, titisan airmata mengalir aku menangis sambil cuba membangunkan dia.....
Kau hanya mampu menangis, lantas ku mohon saudara mara terdekat memaklumkan kepada anak-anak mu tentang keadaanmu dan hasilnya kau dihantar kehospital, airmatamu mengalir tika kau dibawa kesana , aku apatah lagi.
Bermula detik itu daku sukar untuk mendampingimu, kau dijaga bergilir-gilir oleh anak-anakmu. Perasaan rindu dihatiku tak dapat daku tafsirkan, setiap kali ingin melawatmu aku dihalang. Sejak dikau sakit aku dijaga kembali oleh kedua ibubapa ku, jarak kita makin jauh dan hatiku makin hancur bila hanya mampu bersua dengan mu sekali-sekala memang dikau bukan ibuku tapi persaan kita tak difahami oleh sesiapa daku sering bergenag air mata bila merindukanmu. Azamku ingin menjagamu. Alhamdullilah cuti sekolah bermula daku berpeluang tinggal kembali dengan mu. Ya kami tinggal berdua diteratak buruk itu.
Bangun dari lenamu ku usungmu, ku tatihkan mu berjalan di tingkap, ku paksa dikau berjalan untuk kerumah saudara terdekat dan jika kau ingin ketandas ku bawa kau ke tandas biasa semua kulakukan agar kau pulih aku rindukan dikau.
Suatu Hari kau ucapkan "Mak ucapkan terima kasih kerana sanggup jaga mak membasuh najis mak dan mak halal kan segala " bila mana daku selesai membasuh lebihan sisa buangannya. Berderai airmata ini " Ya Allah jangan pisahkan dia dari daku itu doaku".
Masa berlalu kami terpisah lagi aku membawa hari yang lara datang ke kuala lumpur dengan seribu kekecewaan kau kutinggalkan kerana desakan orang sekeliling, bukan daku tak ingin menjagamu tapi daku tak berdaya siapalah daku dibandingkan dengan anak-anakmu. Betapa luluh hati ini setiap hari mendoakan mu dan berazam untuk membawa mu ke KL.
Hari berganti masa berlalu kasihku padamu tetap utuh biar jauh, aku mendapat perkhabaran dikau sakit tanpa berlengah daku memohon cuti dan balik ke kg. Sesampai dikampung jatuh airmataku bila bila keadaan dikau dan yang paling menyayat hati dikau tidak ingin memandangku marah benar dikau padaku. Tapi ku peluk, kucium mu dan kau menangis. Ku tahu hati mu. Malam itu aku menjaga mu tapi aku tidak sedap hati bila kusentuh kakimu sejuk dan kau hanya tersenyum. Dari cerita ku tahu kau sudah beberapa hari tiada selera makan dan tidak tidur.
Keesokan paginya ku mandikan dikau, kusikatkan rambutmu dan kubedakkan dikau, kau bergelak ketawa dan aku seringkali mengucup pipimu.
Selera makan mu kembali dan kau juga nampak sihat, ku peluk ku ribakau dan ku dodoikan dikau dengan "LA ILLAH HA ILLAH MUHAMMADEN YA RASULLALLAH"menitis air mata sanak saudara dan ucap mereka perbuatanku sama seperti mana yang dia lakukan padaku dulu.
Tidak kusangka detik itu seketika tengahari itu keadaan mu kembali teruk, kau nazak dan aku sentiasa menemani disisi, ku pangku kepalamu sambil menatap matamu yang memandang ku dalam sayu, sungguh tiada apa yang mampu daku ucapkan.
Bila masa kau dibaringkan airmata kau mengalir aku diisuruh menjagar kau untuk Mengucapkan kalimat syahdat, aku cuba menjadi kuat ku genggam jemari mu betapa aku mengharapkan tiada apa yang berlaku pada dirimu.
Luluh hatiku, namun ucapan itu tidak pernah henti ku ucapkan ditabir telingamu, tapi telah ditakdirkan dikau pergi membawa seribu kecewa, aku terkaku cuma titisan airmata dalam kebisuan kerana jiwaku benar terasa kehilangan, hilang tempat untuk aku bermanja hilang tempat aku merajuk dan wajah yang mulus itu tidak ada lagi untuk daku cium dan tatapi yang tinggal cuma rasa terkilan kerana tidak mampu membalas jasamu...
AL-FATIHAH

No comments:

Post a Comment

TQ sudi membaca walau tak best