Terima kasih kerana singgah di blog ini.

Segala Karya adalah hak Milik ZR, aktiviti copy paste adalah dilarang. Sila Hormati

Segala Pandangan dialu-alukan dan ribuan terima kasih.



Wednesday, February 1, 2012

RINTIHAN HATI

Kadang-kala hati kosong entah apa yang dicari selalu sahaja soalan yang muncul. Gelisah selalu hadir walau dalam mimpi mencari jawapan disekeliling namun tetap soalan yang muncul.


Mungkin fikiran ini sempit, mungkin fikiran ini tersekat oleh nafsu duniawi yang menghilangkan terus fikiran ini untuk memohon jawapan pada DIA.


Berpaling pada DIA tidak perlu malu, tidak perlu untuk menyembunyikan segala rahsia kerana DIA lebih tahu. Kerdilnya diri ini terasa seakan tidak layak untuk meminta dari DIA bila selalu melupakan dia. memang benar merendahkan diri pada DIA 5kali sehari namun adakah sampai kepada DIA? adakah cukup ikhlas adakah cukup sempurna?


Bila hati sepi mencari DIA, bila penuh teman DIA dipinggirkan kekadang melupakan maka layakkah aku untuk terus memohon dari DIA. Benar DIA maha pengampun maha mendengar namun jiwa ini rapah, hati ini terusik atas kekalifan diri sendiri. Lekanya daku dengan apa yang dikurniakan sehingga lupa untuk mengucapkan terima kasih.


Keinsafan bukan untuk dipertontonkan namun alangkah indah andai mampu dikongsi, namun bimbang riak beraja dihati dan terus menerbitkan keangkuhan yang kita berdiri dijalan yang benar walau hakikat jalan itu telah menerbitkan dosa yang maha Hebat..YA Allah takut nya daku .

Sesungguhkan kelalaian hati ini selalu hadir, walau berkali mengingati. Namun Godaan Iblis selalu menumpaskan daku walau daku cuba menghunuskan senjata tapi senjataku selalu patah belum sempat untuk membela. Lemahnya daku mengaku sahaja UmatNya namun selalu terkandas untuk menuju jalan kearah kebenaranNYA...

No comments:

Post a Comment

TQ sudi membaca walau tak best