Terima kasih kerana singgah di blog ini.

Segala Karya adalah hak Milik ZR, aktiviti copy paste adalah dilarang. Sila Hormati

Segala Pandangan dialu-alukan dan ribuan terima kasih.



Tuesday, March 6, 2012

SAYANG AWAK ~ BAB 3



Aina termenung sendiri, dekat seminggu juga dia tidak bersemuka dengan hakimi bohonglah jika tiada rindu yang datang tapi hatinya terlalu keras masih terbayang peristiwa yang membuahkan keraguaan cinta hakimi pada dirinya.
Masih terbayang gelak tawa hakimi bersama seorang perempuan yang belum dikenal pasti olehnya kerana waktu melihat adegan itu hakimi sedang menjamu selera dengan seorang wanita di Kenny Rogers wajah hakimi jelas kelihatan tapi wajah wanita itu langsung tidak terlihat olehnya kerana terlindung dek tiang yang menghalang pandangannya. Apasalah designer letak tiang kat tepi kedai tu dah menghalang siasatannya. Ishhhh..ish tiba-tiba terkeluar ayat itu dari bibir aina bila mengingati hakimi menghulurkan bekas cincin kepada perempuan itu, tambah membara bila dilihat perempuan itu menyarungkan cincin dijari jelousnya rasa. Siapa tak cemburu kekasih hati bagi cincin kat orang lain...cemburunya aku.

Menepis perasaan yang bersarang aina memandang handphone yang berada disisi rasanya dah beberapa hari hakimi tidak menghubunginya apatah lagi menghantar message. sejak dari pertemuan terakhir ada juga hakimi menelefonya tapi tak sekali pun dijawab nak balas dendam, message pun selalu dihantar tapi sekarang semuanya sunyi. Terkadang menyesal pun ada bersarang dijiwa aina sebab terlalu cemburu tapi dalam situasi begitu wanita mana tak cemburu atau dia sendiri terburu-buru. Ah yang penting hakimi mesri dihukum tapi sanggup ke aku menanggung rindu ni.

Tiba-tiba pantas telinganya menangkap perhatian bila mendengar radio memutarkan lagu Salju didanau rindu nyanyian mamat ex exist lagu itulah yang dihantar oleh hakimi sebelum dia melancarkan mogok mendiamkan diri dari aina. Terasa pilu pula dihati aina bila mengingati gelagat hakimi selama ini, bukan sebulan, bukan setahun dia mengenali hakimi tapi 4 tahun, kenyataan itu yang payah diterima aina bila menyaksikan kecurangan hakimi didepan mata walau tanpa hakimi sedari. Tergamak hakimi mempermainkan rasa cinta yang diberi walau tempoh itu belum cukup lama tapi bagi aina tempoh itu cukup untuk dia memberi dan menghulurkan rasa kasih dan sayang serta kepercayaan buat hakimi tapi apa yang dia dapat, perasaan geram mula membara.

"Aina' jom turun makan, anak mak ni sekarang mak tengok asyik termenung je" teguran mak yang bila munculnya mengejutkan aina seketika, nasib baik tiada airmata yang tumpah kalau tak malu aku... Aina bermonolog dalam hati.

"Termenung apanya mak, anak mak yang seorang ini kan mak juga cakap macam hati batu tak ada perasaan". Aina membalas terjahan dari emak

"Memang lagak kamu macam orang tak ada perasaan tapi riak muka tu tak boleh menipu, usah le nak tipu mak aina, macam mana kamu kata hati kamu bak batu tapi hakikatnya kita manusia bila terluka akan bersedih, bila gembira akan menangis". Ucap mak ringkas bak pakar kaunseling yang memberi motivasi pada anak buah.

"Aina' mak tahu sifat sebenar aina dalam kekerasan jiwa aina ada tersimpan kelembutan yang mungkin aian tak nampak akan keistimewaannya tapi orang disekeliling aina nampak kelebihan itu, seperti hakimi nampak pada diri aina itu yang menambat hatinya."

Bila mak menyebut nama hakimi secara tiba-tiba aku seakan terkedu, apa pula babitkan mamat ni dalam ini cerita.

"Kesitu pulak mak ni, jomlah aina dah lapar ni dah dekat 9.00mlm, doktor cakap tak elok makan lambat nanti perut masuk angin. Masuk angin yang boleh buang tapi kalau masuk angin yang menonjolkan perut tu yang ngeri tu" .aina cuba mengubah topik bimbang mak membangkitkan isu hakimi, bukan apa malas membebankan mak dan ayah dengan masalah dia dan hakimi.

"Oh ngeri ek esok-esok dah kahwin dapat yang kembong 9bulan tu nak guna istilah ngeri juga ke?" Mak memandang dengan senyum yang terukir.

"Mak ni kesitu pulak, aina maksudkan lain le....." Merona wajah aina bila mak menyakat begitu, biarpun sebenarnya aina sesekali pernah berangan untuk melalui itu semua bersama hakimi.

"Jomlah mak, kesian kat nasi dibawah dah menjerit dari tadi, ni pun terdengar-dengar dia memanggil kita berdua nanti ditambah lagi dengan dondang sayang dari perut ayah tu cam na".
Usik aina memecahkan ketawa dia dan mak, dengan berbaki tawa 2 beranak menuruni tangga menuju kemeja makan, dilihat ayah hanya
mampu menggelingkan kepala melihat gelagat 2 wanita yang terlalu istimewa dalam hidupnya.


No comments:

Post a Comment

TQ sudi membaca walau tak best