Terima kasih kerana singgah di blog ini.

Segala Karya adalah hak Milik ZR, aktiviti copy paste adalah dilarang. Sila Hormati

Segala Pandangan dialu-alukan dan ribuan terima kasih.



Monday, March 5, 2012

SAYANG AWAK - BAB 2




Tanpa mempedulikan usikan Hakimi, Aina berlalu sepi. Hakimi tau benar sikap aina jika dia membisu dan tidak mengendahkannya maksudnya marah benar aina dengan dirinya.

Hakimi membiarkan aina meneruskan langkahnya, tiada guna dihalang biar kemarahan aina reda sedikit, walaupun hakikatnya hakimi tahu dirinya tidak bersalah namun tiada guna untuk membuktikan kebenaran pada masa letupan gunung berapi sedang membara.

Deringan Telefon mematikan pandangan mata hakimi pada aina yang berlalu tanpa menoleh padanya.

"Assalamualaikum" dengan nada perlahan hakimi memberi salam selepas melihat nama ayah tertera diskrin handphone.

"Waalaikumussalam, Im kat mana ni? ayah dan mak nak tanya im jadi ke perancangan im tu kalau jadi ayah dan mak nak buat persiapan apa yang patut maklumlah dua minggu lagi tak lama".

"Insyaallah jadi, ayah mak buat lah apa yang dirasakan perlu tentang perbelanjaan jangan risau nanti im masukkan duit."

"Ish kesitu pulak budak ni, bukan itu maksud ayah telefon im, belanja bulan-bulan yang im hantar pun kami selalu simpan sedikit, janji anak teruna ayah ini gembira itu dah cukup buat ayah dan mak."

"Alah ayah.... duit tu memang untuk kegunaan ayah dan mak biarlah, dah menjadi tanggungjawab im. Jasa dan pengorbanan ayah dan mak lagi banyak tak mampu im nak bayar dan tak mungkin im mampu bayar. Apa pun nanti im masukkan duit ya ayah'. tentang hal kat sini ayah jangan susah hati im akan lakukan sebaik mungkin".

"Ayah mendoakan yang baik aje untuk anak ayah ni, tak sabar pula rasanya ayah". Nada suara ayah kedengaran gembira.

"hai ayah ni siapa yang nak tunang dan kahwin ni, ada niat nak tambah cawangan ke? jangan ayah nanti im kasi report sama itu puan". Aku mengusik ayah
Mau kasi report, lain saya tarak takut tapi itu puan juga banyak takut......". Ayah berjenaka

Aku dan ayah sama-sama tergelak dengan lawak masing-masing. Itulah aku dan ayah ibarat cakap mak sifat aku ni sebiji seperti ayah nak buat macam mana kan anak ayah.

Selepas berbicara dengan ayah aku memasang angan untuk membuat kejutan pada aina, mesti dia akan mengalami kejutan berkali ganda......tersenyum sendiri hakimi sambil membuat perancangan tersendiri.

No comments:

Post a Comment

TQ sudi membaca walau tak best