Terima kasih kerana singgah di blog ini.

Segala Karya adalah hak Milik ZR, aktiviti copy paste adalah dilarang. Sila Hormati

Segala Pandangan dialu-alukan dan ribuan terima kasih.



Sunday, March 4, 2012

PERPISAHAN

Perpisahan memang menyakitkan namun andai ia juga adalah penawarnya maka relakanlah.
Mungkin akan ada pahit dan payah, tapi pasti akan ada madu yang berkhasiat,
Terlalu yakin tiada perpisahan akan memeritkan hidup ini, terlalu yakin akan melemahkan kotak akal.jadi berlarilah dan berjalan lah diatas landasan yang betul.

Jika perpisahan itu yang terbaik, maka biarkan ia terjadi, kerana dengan perpisahan akan hadir indah, akan hadir warna maka syukurilah.

Yang berlaku bukan kerana tiada penyebab namun tiap berlaku pasti ada sebab.
Perpisahan kadang-kala elok dari terus melukai dan dilukai, usah takut akan jatuh kerana itu pasti namun bukan selamanya.

Yang menyakitkan bukan penamat sebuah kisah, namun permulaan untuk mencari jalan, tidak perlu menunding atau mengait nama simpankan sahaja, biar Nampak hodoh biar Nampak tidak sempurna hanya DIA yang mengadili.
Tidak perlu mendengar akan kata-kata pedas, tidak usah dilayan lontaran kebencian tapi dengarilah kata dari akal bukan kata yang menurut hati.

No comments:

Post a Comment

TQ sudi membaca walau tak best